Travelog – Taiping

12 05 2017

Hari Buruh di sambut pada 1 Mei setiap tahun. Kebetulan pada tahun ni, jatuhnya pada hari Isnin. Membawa erti cuti panjang bagi abam. Merancang untuk pulang bertemu isteri, Abam mengambil sehari lagi cuti tambahan pada hari Selasa. Betambah2 panjang la cuti Abam.

The Planning

Isteri Abam mengambil peluang ini mengajak Abam berjalan2 cuti2 Malaysia. Niat di hati nak menikmati kesejukan Cameron tetapi dek perancangan last minute, melihat harga penginapan di sana boleh meninggal. So sebagai mitigation plan, bini abam suggest suh p Taiping. Katanya places of interest kat Taiping tertumpu pada satu kawasan sahaja. Antaranya Taman Tasik Taiping, Bukit Larut, Muzium Perak dan Zoo Taiping dan Night Safari. Setelah diamati, abam rasa kami boleh setel tempat2 ni dalam masa sehari semalam. Melihat ramalan kaji cuaca yang mengizinkan, abam bersetuju dengan mam untuk ke Taiping. Lalu secara laju2 mam tempah la hotel satu malam.

Jalan2 Night Safari

Perjalanan kami di mulakan pada petang Ahad, bergerak dari Kulim pada pukul 6.30 petang menuruti jalan lama ke Taiping. Kami sampai di Tune Hotel Taiping lebih kurang pukul 8 malam. Kami bersiap2 menuju destinasi pertama dalam rancangan kami iaitu Night Safari Taiping. Night Safari di Zoo Taiping ni berperasi jam 8 malam sehingga 11 malam. Pada malam sebelum public holiday, diorang extend sampai 12 malam. Tetapi menurut pekerja disitu, pada malam tu mereka extend lagi ampai 1 pagi. Sampai di Night Safari lebih kurang pukul 9 malam. Tak jauh dari hotel. Harga tiket Rm20 seorang bagi seorang dewasa. Tapi campur GST jadi RM21.20. Ingatkan tak ramai yang berminat nak tgk binatang malam2. Rupanya2 beratus orang beratur untuk menaiki tram zoo yang disediakan. Yang jalan kaki pun boleh tahan ramai. Oleh sebab nak save tenaga, abam dan isteri memutuskan untuk naik tram. Dalam setengah jam jugak kami menunggu giliran, akhirnya dapat naik tram. Dan kami bertuah dapat guide yang peramah dan xjemu memberikan penerangan tentang binatang2 di zoo tersebut. Tapi yang abam jadi jaki sket sebab tengah2 tengok2 binatang kat sana, abam dengar lagu2 khalifah berkumandang. Setelah abam amati betul2, rupanya sebelah zoo taiping tu iaitu di Taman Tasik Taiping ada pesta “Mohh Kite Fest’. Yabang Khalifah tengah buat live show malam tu. Ala, melepas. Tapi xpa, abam xsuka sesak2. So abam layan lagu2 Yabang nyanyi sambil tengok rimau yang namanya Raja.

Gelap2 xbanyak gambar

Habis berjalan2 di night safari, konsert pun da abes, perut abam mintak simpati. Abam google tempat makan best Taiping tapi sume da tutup. Tengah malam dah. Last2 aba singgah kt kedai makan taman tasik situ. Ada western. Ada shisha. Ramai ni lepak lepas balik tengok Yabang. Abam pun join. Dek kerana terliur tengok bini abam makan fish and chip 2 3 hari lepas, abam pun order fish n chip. Nak lepas ngidam la kata orang. Bila sampai je kat meja, fuh, macam sedap ni. Fries dia macam fries Crown kat Sheffield yang digilai budak2 Malaysia kat sana. Bini abam pun mengiyakan. Tapi ikan dia macam hitam sket. Goreng lama kot. Abam makan. Pergh. Ni kes keluar freezer terus mauk kuali ni. dalam mentah. Hanyir xtau nak kata. Fries sejuk. Otomatik secara tiba2 abam kenyang. Hilang selera. Tapi maybe sebab malam tu ramai orang kot. Abeskan air abam balik hotel.

Kisah Tiket Bukit Larut

Esok pagi2 lagi kami check out hotel menuju destinasi ke dua iaitu Bukit Larut. Menurut kajian pendek yang kami lakukan dan pengalaman kawan2 yang pernah pergi, disarankan pergi awal sebab biasanya tiket nak naik jeep (landrover) cepat abes. Kalo abes nak naik jugak kene jalan kaki la. Perghhh, tu lagi lembik abam yang memang “minat” bersukan ni. Jeep2 ni beroperasi seawal jam 8 pagi sampai la pukul 5 petang. Setiap hari ada 5 trip yang disusun mengikut waktu2nya. 1 trip menggunakan sebanyak 7 – 8 bijik jeep. 1 jeep boleh memuatkan sehingga 10 orang. So kira la berapa ramai sekali naik. Abam sampai lebih kurang pukul 1030 pagi. Harga tiket untuk naik jeep adalah RM10 seorg dewasa. Kanak2 xperasan lak berapa. Tengah beratur beli tiket, uncle kat depan nak beli tiket untuk 8 orang tapi tiket hanya tinggal 4 sahaja. so kami beli lagi 2. tinggal la 2 untuk orang belakang. Tapi tiket yang kami beli tu untuk trip last iaitu naik pukul 230 petang dan turun semula pukul 430. Lambat lagi nak tunggu 230 ptg, jadi kami menuju ke destinasi seterusnya. Muzium Perak.

Posing2 5D Art Museum

Bini abam google lagi tempat2 menarik untuk di lawati di Taiping. Maka terjumpalah Muzium 5D Art yang di kendalikan oleh syarikat persendirian. Nampak macam menarik, kami detour ke situ dahulu sebelum ke Muzium Perak. Muzium 5D Art ni bertempat di rumah kedai berhampiran dengan bandar Taiping, abam rasa la. Di dalamnya menempatkan berbagai lukisan 3D 4D dan 5D yang femes kt internet tu. Tiket berharga RM22 seorang termasuk GST. Puasla kami berdua bergambar dibantu oleh seorang pekerja disitu. Tunggang terbalik abam posing. Tapi hasilnya memang mengagumkan. Anda boleh tengok lebih lanjut pasal muium ni dekat fb 5D Art. Selesai berposing, sekali lagi perut mintak simpati. Jam dah menunjukkan pukul 12 tengahari. Masa dah time. Haa, semalam otw p hotel kami lalu Restoran Nasi Arab Hadramawt Tower. Macam best je. Dah lama x menghadap nasi arab ni. Jadi laju2 abam bawak kete p melahap di sana. Harga berpatutan. Makanan boleh tahan tapi xmencapai standard nasi arab dekat Sheffield lagi. Tapi ok la untuk isi perut.

tengah Abam bertapa. Ada pulak Puteri Bunian muncul.

 

Cane nak keluar ni

Posing Muzium Perak

Jam 1 ptg, bermakna ada 1 jam setengah lagi untuk naik ke Bukit Larut, kami teruskan ke Muzium Perak. Tiket seorang dewasa warganegara adalah RM2 manakala RM5 dicaj untuk warga asing. Muzium Perak ni xbesar mana tapi dia adalah antara muzium tertua di Malaysia. Lawatan abam dimulai dengan sesi bergambar dengan gambar2 3D yang disediakan oleh pihak muzium mengenai tempat2 menarik dan budaya masyarakat di Malaysia dan Perak. Posing lagi. Kemudian kami ke ruangan yang menempatkan rangka2 dan patung2 haiwan yg abam da tengok kat night safari semalam. Xmenarik sangat sebab belakang umah abam pun da boleh tengok. Abam duduk tepi hutan simpan Pahang. Kami meneruskan lawatan ke tingkat atas yang mempamerkan tentang kebudayaan orang asli di Malaysia termasuk peralatan seharian mereka. Di tingkat atas juga menempatkan pelbagai alat2 pertukangan dan seni tembikar yang bertapak di Malaysia sejak dahulu lagi. Kami habiskan lawatan kami dengan melihat pameran kereta klasik termasuklah Rolls Royce yang mungkin kepunyaan Sultan Perak suatu masa dahulu, abam pun xsure. Tanpa melengahkan masa kami terus ke Bukit Larut sebab takut kena tinggal jeep.

Abam tunjuk kat orang purba ni cane nak isap rokok.

 

Kak Limah sembang ape ngan pak aji oii.

 

Jaga2 nanti kene gigit.

Pengembaraan Maxwell Hill

Dalam pukul 2.10 ptg kami sampai di tempat menunggu jeep2 untuk naik ke atas. Abam da cakap tadi sume dekat2 je. Di situ disediakan ruangan solat dan kemudahan tandas untuk pengunjung2. Ramai da menunggu jeep awal2 lagi. Tepat 2.30 ptg, kelihatan drebar2 jeep keluar dari ofis bersedia untuk memandu naik. Pengunjung2 dibahagikan untuk memenuhkan semua 7 jeep yang ada. Kami berdua naik 1 jeep bersama keluarga cina yang datang dari Kuala Lumpur. Perjalanan dimulakan, satu persatu jeep berasap2 memulakan perjalanan naik. Tapi abam silap serta merta. Abam ingatkan landrover tahun 80an yang digunakan untuk mengangkut 10 orang tu slow dan bersopan santun. Tapi abam silap. Drebar2 jeep ni masing2 macam drifter. Selekoh2 bukit tu memang makanan diorang. Perjalanan ke atas seumpama menaiki roller coaster. Rilek je dorg layan selekoh sebelah tangan. Kitorang kat belakang ni dah terjerit2 layan. Lenguh tangan duk pegang risau kot2 tertinggal kat belakang. Tepat jam 3 petang kami sampai di puncak bukit larut. Sebenarnya belum puncak lagi, tapi disitu penumpang diturunkan untuk bertebaran sesuka hati sebelum berkumpul semula jam 430 petang untuk perjalanan turun.

Abam tengok atas, lah, sikit lagi nak sampai puncak. Small the pieces ni. Abam ajak bini abam naik. Pelan2 kayuh. Sekali lagi abam silap. Memang dekat, tapi jalan dia kona2 jadi jauh plus naik bukit. Abam memang “kuat” stamina. Tercungap2 nak smpai atas. Separuh perjalanan ke atas, ada bangunan besar tersergam dinamakan Cendana Hut and Cafeteria. Tapi kelihatan bangunan itu sudah lama terbengkalai. Menurut bini abam yang pernah ke situ, dulu cafeteria tu hidup. Tempat untuk pengunjung2 menikmati pemandangan bandar Taiping dan kesejukan angin di Bukit Larut. Abam tengok bangunan tu tinggi dan lawa. Macam nais je nak amek gambar atas tu. Abam ajak bini abam yang kepenatan untuk panjat sket lagi. Sikit lagi nak sampai ke tangga cafe tersebut, tiba2 Abam rasa lain macam. Memikirkan bini abam dalam keadaan “tidak bersih” abam batalkan niat utuk meneroka bangunan tersebut. Takut tak jumpa jalan keluar. kang bini abam kena pape ke abam jugak yang susah. So kami amek gambar sekeping dua kat atas tu dan turun balik sebab kat bawah tu banyak tempat2 cantik disediakan untuk pengunjung luangkan masa termasuk titi gantung, menara peninjau dan taman permainan.

Titi gantung

 

Nak amek gambar tulisan tu je

Kami berjalan turun sambil memerhati tumbuhan2 tanah tinggi yang jarang kita nampak pada paras laut. Haa. Tinggi bukit larut ni mencapai ketinggian 1036 meter. Lebih kurang Gunung Jerai dah. Mengikut sejarah, Bukit Larut atau turut dikenali sebagai Maxwell Hill ini adalah tempat peranginan tanah tinggi pertama untuk geng2 omputih yang merindui iklim negara mereka yang mmg terkenal dengan suhu sejuk sepanjang tahun. Maxwell Hill ni dinamakan sempena nama residen British di situ ketika itu iaitu George Maxwell. On the way naik ke atas, pengujung akan dapat lihat satu ladang teh terbengkalai, dipercayai projek gagal yang kemudiannya dipindahkan ke Cameron Highland. Dulu xde jalan nak naik ke atas, so dorang naik kuda padi merentas hutan untuk ke puncak. Golongan wanita dan  pula di usung naik tandu macam maharaja cina. Untung laa. Cukup sejarah Bukit Larut. Anda boleh buat kajian sendiri pasal ni, Taiping memang banyak tempat2 bersejarah. Port2 tumpuan penjajah la katakan.

Pick up/ drop off point

Abam penat. Tdoq sat. Lawa kan background.

Abam dan isteri meneruskan perjalanan ke titi gantung di bawah sket dari tempat kami turun jeep tadi. Sambil2 berjalan, kami perhatikan banglo2 lama yang dijadikan tempat penginapan yang boleh disewa jika ada yang berminat untuk merasai kesejukan angin malam Bukit Larut. Ada juga beberapa banglo yang terbengkalai dibiarkan usang tak terjaga. Camera phone xlepas ditangan. Semua benda kami snap. Ada taman permainan disediakan untuk keluarga tapi disbabkan Bukit Larut ni adalah kawasan paling lembap di Malaysia, maknanya disitu menerima hujan paling banyak, agak lecak jugak taman permainan tu. Lagi2 baru lepas hujan. Dapat abam perhatikan banyak bekas2 sondolan babi hutan di sekitar tanah landai di situ. Tempat dorg, xleh nak cakap apala. Abam naik titi gantung, ambek gambar sekeping dua kemudian terus panjat menara peninjau. Menara ni dibuat 2 tingkat. 3 la kalo include ground floor. Tangga dia pulak curam abam agak2 ada 80 darjah kecondongan. Da hanmpir tegak da tangga tu. Orang sakit lutut harapan la nak naik. Abam dan mam panjat la slow2. Menara ni dihadkan kepada 8 orang pengunjung sahaja di setiap tingkat. Takut roboh le tu. Abam panjat atas sekali. Landskap di sebelah menara ni sangatlah cantik tersusun, lalu abam n isteri x melepaskan peluang mengambil gambar profile picture. Macam kat studio ha background. Dah lepas amek gambar, bini abam terasa macam digigit di kaki. Abam ingat semut. Tiba2 mukanya berubah macam orang nak kene histeria menahan kesakitan yang amat sangat. Tengok bawah rupanya seekor lebah telah berjaya menanamkan sengatnya di ibu jari kaki bini abam. Tak guna punya lebah. Abam pijak2 sampai lumat walhal lebah memang akan mati lepas sengat orang. Abam buang sengat tu cepat2 pakai pisau lipat victorinox yang abam selalu bawak gi mana2. Berguna tau. pelan2 kesakitan tu hilang. Bini abam pun boleh jalan2 macam biasa. Denyut tu ada tapi lama2 hilang la tu.

Banglo Angkasa. Eksaited pulak kenapa.

 

Banglo terbiar.

Hampir 4.30 petang, kami bergegas ke pick up point jeep tadi. Xlama kemudian, ngauman jeep2 (landrover defender sebenarnya) tadi hampir tiba untuk membawa pengunjung2 turun. Otw turun, jeep2 ni berhenti untuk mengambil pengujung kuil yang ada diatas Bukit Larut untuk turun bersama. Di sepanjang perjalanan naik dan turun, abam dapat lihat ramai warga emas kebanyakannya berbangsa cina berjoging naik ke atas dan lepak2 di spot2 berehat yang disediakan. Siap ada kedai wa cakap lu. Tak tipu punya. Perjalanan turun agak mendamaikan kerana jeep2 tersebut dipandu perlahan dan berhati2. Laju2 kang terbang. Memang laju la sampai ke bawah camtu. Sesampai dibawah, abam da rasa tangan abam taf semacam sebab duk pegang jeep2 tu kuat2 takut tertinggal tadi. Basuh muka sket2 di tandas awam yang disediakan, refreshing omputih cakap sbb diorg pakai air bukit. Sojuk.

Kami kemudian memulakan perjalanan balik ke Kedah dan hujan turun selebat2nya seumpama merasmikan pengakhiran cuti2 Taiping kami. Secara ringkas abam dapat katakan Taiping agak menarik untuk dikunjungi bagi orang yang minat untuk mengetahui sejarah2 Malaysia. Ada rezeki lain abam g jalan2 lagi, maka adalah travelog tempat lain pulak. Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian abam walaupun banyak merepek.

Footnote: Angker Bukit Larut

Masa beristirehat di rumah sekembalinya dari Taiping, bini abam tunjuk macam ada something wrong dalam gambar rumah yang kitorg ambek kat Bukit Larut. Abam xnak buat spekulasi apa2. Abam pun xingat keadaan sebenar rumah tu. Ce tengok gambar bawah ni. Rasanya2 apa eh?

 Ce zoom tingkap tu

Nampak macam budak kecik.

 

 

Advertisements




Paranormal Videocall

28 02 2012

This is a debut of Khairil Anuar as a director. Cast by my friends, Tuan Adil and Fazreel, the shooting took about a couple of hours during midnight. Credits to Khairil who did all the thinking, the idea for me is remarkable.  The idea is adapted from a real story told by a mutual friend.

Due to my tight schedule, the editing took several days as the process is done gradually. To make thing worse, the software I used cannot render the video at the end of the editing. I spent the whole weekend downloading a new installer for the same software, and reinstall it. Fortunately the problem is solved and here I present you

the PARANORMAL VIDEO CALL!