Fog Lamp Belakang: Fungsi dan Penyalahgunaan

3 04 2016

Lampu kabus atau lebih dikenali sebagai fog lamp atau fog light. Ciri baru yang diperkenalkan pada kenderaan masa kini. Foglamp ni seingat aku mula2 dikenalkan pada bahagian hadapan sahaja. Tujuan wujudnya foglamp ni persis namanya, untuk membantu penglihatan pemandu di ketika kenderaan dipandu melalui kawasan2 atau keadaan berkabus, dimana jarak penglihatan amatlah terbatas. Justeru, lampu ini direka untuk memancarkan cahaya yg terang, yg mampu menembusi kabus langsung membantu penglihatan pemandu.

Tidak berapa lama selepas itu, foglamp belakang mulai popular dalam ciri2 kereta baharu, walhal sudah digunapakai di negara2 4 musim sudah lama. Berbeza dengan foglamp hadapan, foglamp belakang berfungsi untuk memberitahu pemandu di belakang anda tentang kewujudan anda di atas jalan tersebut, juga semasa keadaan yg membataskan penglihatan seperti kabus dan hujan lebat. Cahayanya yg sesetengah org cakap ‘tajam’ mampu menembusi kabus dan percikan air semasa hujan lebat.

Saya ingin menyeru pemandu2 kereta yg memiliki foglamp belakang ini supaya menggunakannya dengan berhemah dan mengasihani pemandu2 yg rabun dan silau teruk seperti saya. Bukan saya ingin mengecam, tetapi memohon belas kasihan bagi pihak2 yg teraniaya.

Foglamp belakang ini diadakan sebagai salah satu ciri bukanlah untuk dipasang setiap kali anda memasukkan kunci kereta tetapi hanyalah keperluan di masa2 tertentu. Sama sahaja seperti pengelap cermin (wiper) yang mana anda hanya akan pasang semasa hujan, begitu juga ‘fog’lamp belakang yg mana anda perlu pasang di masa kabus dan yg sewaktu dengannnya.

Bagaimana anda tahu anda perlu pasang foglamp atau tidak? cuba lihat kereta dihadapan anda. Adakah kereta itu jelas kelihatan? Jika jelas bentuk, rupa dan warnanya, bukan bermakna ia masih bernajis, maknanya anda tidak perlu pasang foglamp, malah boleh jatuh berdosa jika pasang, sbb mengundang caci maki orang lain juga boleh mengundang kemalangan jika pemandu di belakang anda bertindak melanggar anda sbb xpuas hati. Jika seandainya kenderaan dihadapan anda samar2 diselubungi kabus atau hujan lebat, lampu belakangnya juga samar2 kelihatan, maka anda harus memasangkan foglamp blkg anda tanpa segan silu dan dgn bangganya. Hal ini dapat memudahkan pemandu diblkg anda melihat anda dan menganggarkan jarak lantas mengelakkan perkara yg xdiingini berlaku.

    Penyalahgunaan Lampu KabusPenyalahgunaan Lampu Kabus

Read the rest of this entry »

Advertisements