2011 in review

2 01 2012

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2011 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

A San Francisco cable car holds 60 people. This blog was viewed about 1,300 times in 2011. If it were a cable car, it would take about 22 trips to carry that many people.

Click here to see the complete report.

Advertisements




How do you do?

14 11 2011

When two strangers come and greet each other.

John: Hi, I’m John. How do you do?
Pete: Hi, I’m Pete. How do you do?

This awkward moment when you are not raised in this kind of culture, when your question is answered by repeating the same exact question. Even if you know it is meant to be, you are still hoping for the answer you won’t get. The question mark is pretty useless as it seems.





Naif

13 10 2011

Semalam Kimal n the gang borak2 pasal sugar-free diet coke. Tetibe aku teringat zaman2 naif aku kecik2 dulu yang aku ingat best gak kalo aku share kat blog ni.

Zaman ni mmg aku sangat naif sampai maksud naif pun aku xtau.

Definisi naif: na·ive/nīˈēv/
Adjective:
1. (of a person or action) Showing a lack of experience, wisdom, or judgment: “the rather naive young man had been totally misled”.
2. (of a person) Natural and unaffected; innocent: “Andy had a sweet, naive look when he smiled”.

Sugar-free. Perkataan yang membawa memori. Teringat ada suatu ketika abah beli ubat batuk. Xpernah aku tgk ubat batuk brand tu. Aku pun rajin pulak g selidik pe yg tertulis kat botol dan kotak tu. Terpampang dekat depan botol tu tulis alcohol-free. Serta merta aku geledah setiap sudut kotak luar ubat batuk tu. Xjumpe aku geledah pulak plastik bag. Xjumpe jugak, aku bukak botol ubat tu. Abah aku pelik pastu dia tanye. “cari ape?”. Dengan selambe aku jawab, “cari alcohol, die tulis sini free. ” Abah aku pun jawab balik “tu alcohol-free bukan free alcohol”. Haha

Time da besar2 pun ade gak. da masuk universiti da. Mmg wat malu r yg ni. Aku tgk mmber aku bagi laptop kat lecturer IT aku. Aku pun wat2 reti r tanye. “masalah pe ni Dr?”. Die jawab, ” masalah OS ni”.. terpinga-pinga aku tanye balik “err…OS tu ape?” wahaha..malu2…

Haa, sape yang ade kenangan naif share2 la ye. Mari kita gelak bersama..haha





Focus on the SOLUTION, not the PROBLEM!

1 06 2011

The scene was extracted from Cuci The Movie, showing people that are too focus on the problem they are facing hence forgetting what important, the SOLUTION!

We won’t be getting anywhere with the problem if we don’t start looking for APPROPRIATE options to solve it.

Analise the problem faced properly and decide how we gonna solve it. This might be hard.

Decide wisely.

Never regret or whine if you chose a wrong one. Learn from it.

Don’t blame others. Find your weakness and fix it the best you can.

If you can do it, it’s guaranteed YOU ARE THE BEST HUMAN ALIVE!





Tidak Salah Menegur, Cuma…

24 04 2011

Tegur menegur. Hmm, tajuk ni da banyak dibincangkan sebelum ni. Saudara Thoriq aka TJ pun da buat pasal ni dalam blog nye: Suatu Perjalanan bertajuk Menegur biar kena pada cara dan tempat dan sambungannya Pentingnya hikmah dalam berdakwah. Entry ni pun aku nak curik sket2 hadis lam entry Thoriq. hehe. Tq Thoriq. 🙂 Ada jugak entry yg aku tulis lama dulu bertajuk Who’s to Blame yang aku rase ada kaitan ngan entry kali ni.

Sabda Rasulullah S.A.W.

“Sesiapa antara kamu yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu ubahlah dengan hatinya dan itu selemah-lemah iman.” (hadis Muslim)

Tegur menegur amatlah disarankan oleh Islam dalam hidup bermasyarakat. Bila ada yang buat salah, patutlah untuk kita tegur. Cuma ada caranya.

Manusia ni seperti yang kita sedia maklum banyak jenisnya. So individu berbeza perlu ada pendekatan berbeza untuk kita tegur. Macamane nak tegur si fulan si fulan ni? Sebab tu org suruh belajar. Bukan senang2, main taram je tegur. Banyak pendekatan yg boleh kita pakai. Da tau cara2 menegur kita perlu pulak tahu peribadi individu berkenaan atau dengan kata mudah memahami rentaknya. ‘Follow the flow’ omputih cakap. Tapi janganla nak tegur org isap dadah kita isap dadah jugak. Xelok la pulak camtu. Kalau si Mamat ni jenis cepat kecik hati, kene la cakap lembut2, janganla kita tengking atas muka dia, kang lain lak jadinya. Kalo nak tembak gajah pakai la senapang, xjadik kalo pakai pistol air. Nak bunuh nyamuk pakai Ridsect sudey, yang dibakar kelambu buat apa.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing” (riwayat Muslim)

Macam ni la org cakap tegur berhikmah. Lagi kita kenal org tu, lagi mudah la bg kita nak cari pendekatan yang efektif untuk menegur individu terbabit.

Dapat kita lihat betapa menyeluruh Islam dalam kehidupan kita. Even dalam konsep amar makruf nahi mungkar pun Islam da gariskan panduannya.

Syarat pertama: Hendaklah perbuatan yang hendak dicegah itu adalah perbuatan mungkar mengikut pengertian syarak.

Syarat kedua: Perbuatan tersebut harus berlaku pada waktu itu.

Syarat ketiga: Perbuatan itu haruslah berlaku secara terang-terangan, bukanlah secara sembunyi2.

Syarat keempat: Perbuatan mungkar itu harus diketahui umum tanpa memerlukan seseorang itu berijtihad.

Nampak kan kat situ. Islam xsuruh kita membabi buta. Kalo perbuatan tu kita sorg je yg rase mungkar walhal jelas disis syarak xmungkar, xbolehla kita tegur. Kalo perbuatan tahun lepas kita nak tegur hari ni pun xleh gak. Kalo perbuatan tu sembunyik2 pun xboleh jugak, yang ni kene hadirkan saksi. Saksi lak kene cukup syarat baru kita boleh ‘charge’ kesalahan tu.

Pepatah melayu mengatakan ‘kuman seberang laut nampak, gajah depan mata xnampak’. Xboleh la kita jadi golongan ni. Sibuk membetulkan orang lain sedangkan diri sendiri buat benda yang sama atau lagi teruk. Bukanla kita perlu jadi perfect dulu untuk menegur. Kalo macam tu mmg xkan ada la org yg menegur sbb xde manusia yang sempurna. Tp at least sambil2 kita menegur orang lain tu, jangan lupa org yang sangat perlu kita tegur setiap hari  – diri sendiri. Setiap hari kita perlu muhasabah diri, carik kelemahan diri dan betulkan. Macam ni lah cara untuk membuat penambahbaikan atau omputih cakap ‘upgrading’ diri sendiri.

Tapi INGAT, mengumpat, mengata, perli-memerli jelas jauh menyimpang daripada definisi tegur menegur. Sikit pun xde kaitan ngan menegur.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
(Surah Al-Hujurat, ayat 11)

“Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.”
(Surah Al-Humazah, ayat 1)
Perbuatan mengumpat dan mencaci sangatlah dilarang oleh Islam. Kalau pun niat asalnya nak menegur, tp dengan mencaci, keadaan bukannya akan bertambah baik, tapi hanya menambah keburukan. Kawan baik bley gaduh, laki bini bley cerai, family bley pecah belah. Kalo mengumpat lak, lagi haru. Daripada org xtahu, dijualnya sampai satu kampung tau. Kan membuka aib namanya tu. Berdosa tau dak.Perli memerli ni lagi la boleh buat gaduh. Sekarang banyak sangat medium sosial yg digunakan untuk memerli secara efektif. FB, blog (saya xbuat yer, haha), twitter dan bermacam lagi la. Xbaguih tu. Kalo orang tu suka pakai medan2 sosial ni boleh la untuk kita pakai cara yang sama untuk mendepani mereka2 yg perlu ditegur. Pakaila SMS, msg FB, direct msg Twitter, one to one. Jangan dibuka teguran tu untuk khalayak ramai. Da cakap da kan, bukak aib tu. Xelok. Dosa tau.

Sekali lagi, INGAT, setiap kali kita menuding jari pada org, ada 4 lagi jari yang menuding ke arah diri kita sendiri.

Untuk menegur ni, banyak caranya. Kita hanya perlu belajar dan mendalami cara2 menegur dengan betul. Bak kata Thoriq, untuk menegur haruslah mempunyai kesabaran yang tinggi sbb macam2 respon akan kita hadapi. Kalo xsabo kang sakit hati, banyak bende buruk bley jadi. Mungkin bertumbuk, mungkin sakit hati sorg2. Kalo sabar xdela sakit hati, so boleh cari pendekatan lain. Kalo xsabar, sakit hati, mulalah mencari org kononnya untuk berkongsi masalah, meluahkan perasaan. Xsedar tu da jadi mengumpat makcik oi (general nih, bukan nak stereotype makcik2..sorii..). Kata Thoriq lagi, menegur haruslah dengan perkataan yang baik. Tegur elok2. Pakai perkataan yang sedap dengar. Perkataan yang boleh buat orang dekat ngan kita, bukan yang mencipta jurang dalam silaturrahim.

Kesimpulannya, tegur menegur amatlah disarankan oleh Islam, tetapi kerana wujudnya pelbagai ragam pemikiran manusia, maka perlulah juga pelbagai pendekatan untuk menegur bersesuaian dengan individu terbabit.






Superman Xdela Super Mana

19 04 2011

Tanye je pada semua org, sape je yang xkenal superman. Dari budak kecik sampai la org dewasa, semua kenal makhluk keluli ni. Sememangnya jelas superman ni hanyalah fiksyen semata2 tapi andai superman ni btol2 ada korang rase die btol2 super ke x?

Aku rase x.

Selaku pengikut siri superman sejak dulu lagi, setiap episod membuatkan aku berfikir. Aku xrase superman ni adalah makhluk yang super.

Superman sebenarnya alien yang datang dari planet Krypton. Setahu aku krypton hanyalah gas adi kumpulan 18 dalam jadual berkala (periodic table). Ketepikan semua hukum fizik dan kimia, anggap jela semua fakta superman benar.

Kuat ke superman ni?

superman ni sebenarnya lembik je. Kalau compare ngan manusia memang la nampak kuat. Cuba bandingkan ngan geng2 yg jugak datang dari krypton, lunyai dia kene belasah. Kalo die bukan hero cite da lame kot mati. Dahla ada ‘alahan’ ngan radiasi batu kryptonite dari planet sendiri. Macam manusia gak xley kene radiasi, bley mati tu.

Superman.

Nama superman ni jelas menunjukkan die hanya superior terhadap manusia (man) bukan terhadap rakan2 seplanetnya. Cuba letak manusia dalam situasi superman. Moh kita start.

Seorang saintis masyhur di muka bumi ni mempunyai seorang anak yang masih kecik bernama Mamat. Saintis ni sangat berpengaruh dan kaya. Suatu saat, penduduk dibumi berperang sesama sendiri dan banyak kuasa2 besar menggunakan senjata yang canggih sehingga sampai satu ketika, bumi tidak lagi stabil. Memikirkan risiko bumi yg bakal meletup, saintis tu membuat kajian dan menemui hidupan di planet Marikh. Beliau jugak dapat buktikan yg Marikh tu selamat untuk manusia hidup. Sebelum bumi meletup, saintis tu cipta sebuah kapal angksa auto-pilot untuk hantar Mamat ke Marikh sebab beliau sgt sayangkan Mamat. Lalu meletup la bumi dan selamat la Mamat di Marikh. Sesampai je mamat kat marikh ni, die dijaga oleh 2 org parent Martian yg baik.

Nak dijadikan cerita hidupan di Marikh ni yang omputih panggil Martian sama macam manusia. Ada hidung, mata 2 bijik. Sebijik cam manusia la org cakap. Cuma diorg ni tersangatla lembik, mungkin sbb graviti marikh lagi rendah dari bumi kot. Tulang diorg sangat rapuh. Diorg jalan pun slow giler. Kalo compare ngan pergerakan manusia, diorg seolah2 xbergerak langsung. Material yang ada kat Marikh lak paling keras pun macam batang straw je. Kebetulan lagi, kat Marikh ni xde kuman2, bakteria yang boleh menyebabkan manusia sakit.

Time mamat kecik2, die terikut2 la cara org marikh. pergerakan slow, pegang barang pun lembut gile. Bile besar Mamat ni baru sedar yang die bley buat lebih dari org Martian. Dia kan manusia, boleh bergerak macam manusia. Bile Martian tgk laju la. Bukannya die laju, Martian tu yg slow.

Haa, nampak x kat situ? Sbb Martian lembik, mamat sepak melambung, jentik berterabur gigi. Graviti Marikh pulak sikit, tinggi la si Mamat ni bley lompat. Mamat lari sikit je diorg da nmpk laju giler. Material yg paling kuat pun ala2 straw kat bumi, tutup mata la mamat runtuhkan rumah2 kat situ. Jentik sket, da berlubang dinding. Terbang cane? Terbang tu kira jam lompat jejauh la. Mamat kene praktis la nak lompat bagi lagi jauh. Bile bley lompat sampai hampir ke space tu senang la die nak terapung, sbb graviti da almost 0. Haa. mamat xsakit sbb xde bakteria. Lagi2???

Tapi korg rase ape diorg panggil mamat kat Marikh? Mestila Supermartian, bukannya Superman sbb kalo compare ngan manusia lain, mamat ni lekeh je.

Nampak x point aku kat sini. Superman bukannya super sangat, cume keadaan dibumi yg sebegini yang membuatkan die superior terhadap manusia.

PERINGATAN

Semua deskripsi dalam entry ini adalah rekaan dan pandangan sendiri je. Xde fakta betul pun. Hanya mengisi masa ketika aku kebosanan. 🙂





Aku, Kamu, Dia dan Ikram Muslimin

18 04 2011

Sedang aku mengelamun, tetiba aku teringat satu frasa yang amat bermakna untuk aku kongsi di sini.

IKRAM MUSLIMIN.

Mungkin ada dikalangan kita yang pernah dengar frasa ni ataupun arif tentang maksud frasa ni. Bagi yang tidak tahu mari kita mulakan dgn definisi.

IKRAM

Entry kali ni bukanla bersangkut paut dengan nama baru msm yang ditukar menjadi IKRAMUKE tp tentang Ikram Muslimin tu sendiri. Maksud ikram disini adalah ‘memuliakan’ yang mana diambil dari kata akarnye ‘karim’ iaitu mulia. Jadi frasa ikram muslimin dari sudut bahasanya adalah memuliakan sesama saudara muslim.

Bagaimana sebenarnya maksud memuliakan saudara muslim ni?

Maksud yang selalu diterangkan adalah ‘menunaikan hak2 saudara seIslam tanpa menuntut hak sendiri’. Still blur la maksudnye bang…  Maksud mudahnya macam ni. Kalau ade saudara kita dalam kesusahan kita haruslah bantu diorg. Pastu da bantu janganla ungkit2. Ikhlaskan hati. Xbaik ungkit2.

Sabda Rasulullah saw yang lebih kurang maksudnya, “Orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain, janganlah menzaliminya dan jangan pula membiarkan dia dizalimi. Barangsiapa menunaikan hajat seorang saudara Islam yang lain maka Allah akan menunaikan hajatnya. Barangsiapa melepaskan kesusahan saudaranya, Allah akan melepaskannya dari kesempitan-kesempitan pada hari kiamat kelak. Barangsiapa yang menutupi keburukan saudaranya, maka Allah akan menutupi keburukannya di hari Akhirat”.

Hadis diatas dengan jelas menerangkan maksud ikram muslimin itu sendiri.

Ikram muslimin ni bukan berkisar pasal bantu org yg memerlukan je. Bersangka baik jugak menjadi satu cara melaksanakan ikram muslimin ni. Perkara macam ni jelas kita lihat dalam suasana hidup bermasyarakat atau organisasi. Sebagai contoh, bila bekerja dalam satu kumpulan, mesti ada sorg dua yang merasakan diri sendiri wat keja lebih dari org lain walaupun sebenarnya sama banyak je, ntah2 lagi sikit. Haa, kat sini la perlunya nilai ikram muslimin tu untuk mengelakkan persengketaan individu dalam kumpulan tersebut. Jangan sesekali rasa diri kita lagi banyak berjasa dari org lain, riak pulak jadinya. kan 2 kali xelok tu. Xelok jugak kalau kita menuduh org lain xbuat keje langsung. Mungkin org lain buat lagi banyak tapi kita je yg xnampak.

Ikram muslimin ni adalah nilai yang perlu ada dalam semua Muslim. Xadil la pulak kan kalau sebelah pihak je yang mengamalkan ikram muslimin ni. Xaman jugak masyarakat kalau ade je org yg mengungkit2 kan. Asyik2 Si Mamat je yg beralah. Si Mamat redha je sbb die ade ikram muslimin. Tapi Si Abu ngan Si Ali yang xreti maksud ikram muslimin ni xsedar yang mereka da menzalimi si Mamat ni. Naya Si Mamat.

Begitu juga dalam bersedekah. Nilai ikram muslimin dapat membantu hati kita ikhlas. Mungkin ada yang lebih berhak ke atas harta kita kerana mereka memerlukannya. Yela, semuanya hanya pinjaman dari Yang Maha Kuasa. Nak kedekut watpe. Bukan kita punya pun.

Ikram Muslimin ni kalo korang nak tahu adalah salah satu nilai yang wajib ada dalam diri para Sahabat. Insan2 yang hebat imannya, berdamping bersama Rasulullah. Nak jadi hebat jugak amalkan la ikram muslimin ni insyaAllah ada ganjarannya.

Kalau kita ambik sekeping kertas, pastu letak satu titik hitam kat tengah2 then kite tunjuk kat org. Org akan nampak titik hitam tu intead of kawasan putih yang lagi banyak atas kertas tu. Ape maksudnye?? Org yg baik macamane sekalipun, sekali buat salah, even kesalahan kecil, org akan nmpk kesalahan tu dulu. Ikram muslimin ni saya percaya dapat membantu kita semua untuk nampak kawasan putih kertas tu instead of titik hitam yg kecil tu.

Dalam kulit kacang, dapat saya simpulkan, perlunya nilai ikram muslimin dalam diri setiap muslim untuk memastikan keharmonian hidup bermasyarakat dan organisasi. So kurangla sakit hati, xde la tuduh menuduh ungkit mengungkit. Hati pun ikhlas untukmelaksanakan tanggungjawab dan kita akan lebih senang untuk beramal. So renung2kan dan selamat beramal..