Fog Lamp Belakang: Fungsi dan Penyalahgunaan

3 04 2016

Lampu kabus atau lebih dikenali sebagai fog lamp atau fog light. Ciri baru yang diperkenalkan pada kenderaan masa kini. Foglamp ni seingat aku mula2 dikenalkan pada bahagian hadapan sahaja. Tujuan wujudnya foglamp ni persis namanya, untuk membantu penglihatan pemandu di ketika kenderaan dipandu melalui kawasan2 atau keadaan berkabus, dimana jarak penglihatan amatlah terbatas. Justeru, lampu ini direka untuk memancarkan cahaya yg terang, yg mampu menembusi kabus langsung membantu penglihatan pemandu.

Tidak berapa lama selepas itu, foglamp belakang mulai popular dalam ciri2 kereta baharu, walhal sudah digunapakai di negara2 4 musim sudah lama. Berbeza dengan foglamp hadapan, foglamp belakang berfungsi untuk memberitahu pemandu di belakang anda tentang kewujudan anda di atas jalan tersebut, juga semasa keadaan yg membataskan penglihatan seperti kabus dan hujan lebat. Cahayanya yg sesetengah org cakap ‘tajam’ mampu menembusi kabus dan percikan air semasa hujan lebat.

Saya ingin menyeru pemandu2 kereta yg memiliki foglamp belakang ini supaya menggunakannya dengan berhemah dan mengasihani pemandu2 yg rabun dan silau teruk seperti saya. Bukan saya ingin mengecam, tetapi memohon belas kasihan bagi pihak2 yg teraniaya.

Foglamp belakang ini diadakan sebagai salah satu ciri bukanlah untuk dipasang setiap kali anda memasukkan kunci kereta tetapi hanyalah keperluan di masa2 tertentu. Sama sahaja seperti pengelap cermin (wiper) yang mana anda hanya akan pasang semasa hujan, begitu juga ‘fog’lamp belakang yg mana anda perlu pasang di masa kabus dan yg sewaktu dengannnya.

Bagaimana anda tahu anda perlu pasang foglamp atau tidak? cuba lihat kereta dihadapan anda. Adakah kereta itu jelas kelihatan? Jika jelas bentuk, rupa dan warnanya, bukan bermakna ia masih bernajis, maknanya anda tidak perlu pasang foglamp, malah boleh jatuh berdosa jika pasang, sbb mengundang caci maki orang lain juga boleh mengundang kemalangan jika pemandu di belakang anda bertindak melanggar anda sbb xpuas hati. Jika seandainya kenderaan dihadapan anda samar2 diselubungi kabus atau hujan lebat, lampu belakangnya juga samar2 kelihatan, maka anda harus memasangkan foglamp blkg anda tanpa segan silu dan dgn bangganya. Hal ini dapat memudahkan pemandu diblkg anda melihat anda dan menganggarkan jarak lantas mengelakkan perkara yg xdiingini berlaku.

    Penyalahgunaan Lampu KabusPenyalahgunaan Lampu Kabus

Read the rest of this entry »

Advertisements




A Great Story Worth Not Sharing

22 07 2010

Da pukul 4 tapi still xley tdo. Bengang pun ade. Oleh sebab bosan aku pun selak balik entry2 aku yg lame. Xsempat habis menyelak aku terperasan sesuatu. Xde blog entry edisi Jun. Haha. Kalo korang tengok btol2 at least sebulan sekali aku post entry baru. Bukanla aku da set sebulan sekali aku menulis, tapi da macam nature sekurang2nya setiap bulan ade je cerita yg aku nak kongsi ngan korang. Tp kenapa bulan 6 xde entry?

Bulan 6, xde perkara menarik berlaku. Cume ade satu hari dalam bulan 6 yg melibatkan seorang yang sangat aku kagumi, aku rindui. Siapakah dia?

Hari itu adalah Hari Bapa. So sape lagi orang tu kalo bukan ayah aku sendiri. Orang yang aku panggil abah. Orang yang dah lame meninggalkan aku, kembali ke harat Ilahi. Aku rindu nak cium tangan dia. Begitu hebat kisah abah sampai aku xsanggup nak taip kat sini. Xmungkin aku boleh habiskan entry khas umtuk abah. Xmungkin aku dapat tulis tanpa ade air mata bergenang di kelopak mata aku.

Kisah yang sangat besar di mata aku, di hati aku. Cukupla aku sahaja yang mengenang memori bersama abah. Biarla aku sahaja yang mimpikan abah. Biarla kenangan abah datang mengejut aku dari tidur.

Entry ni saje da cukup buat aku sebak. Aku rase cukupla untuk malam ni. Aku da sebak gler ni. Terima kasih kerana meluangkan masa.





Haru Biru Celaru

12 07 2010

Barang berharga da hilang. Sape curik? Baik ngaku.

Satu hari aku tahu siape si pencuri sebenarnya. Rupenye kau pencuri yer. Aku nak barang aku balik. Kau tahu xbetapa penting barang tu bagi aku. Pulangkan.

Dia enggan pulangkan. Lama kelamaan aku dapat tahu, barang itu dijaga dengan baik. Lebih baik daripada aku yg menjaganye.

Kalau camtu xpela. Kau jage la barang tu. Aku akur.

Aku mula mempercayai pencuri itu sepenuh hati. Ku tukarkan hak milik barang tu ke atas namanya. Itu yg aku rase lebih baik.

Tiba2 perkara xdiingini berlaku. Pihak ketiga mengetahui kewujudan barang berharga tu. Mengetahui bahaya barang tersebut kepada pencuri itu, tindakan diambil untuk memusnahkan barang tu.

Aku mula risau. Aku harapkan barang aku tu xdiapa2kan. Si pencuri menghilangkan diri. xdapat aku kesan.

Suatu pagi, sedang aku lena dibuai mimpi, aku dikejutkan oleh bunyi yg kuat. Tingkap ku pecah. aku lihat di atas lantai, barang berharga itu. Pecah berderai dilempar dari luar jendela.

Sempat aku melihat kelibat pencuri itu. Aku panggil. Tunggu aku. Tidak dia pedulikan.

Hancur barang kesayangan aku. Aku silap. Kenapa harus jadi begini?

How could this happen to me
I’ve made my mistakes
got nowhere to run
The night goes on as I’m fading away
I’m sick of this life
I just wanna scream
How could this happen to me





Officer? How Can I?

26 04 2010

Pagi Ahad yang mendung. Hmm, ramalan cuaca pun tunjuk harini bakal hujan. Aku menggagahkan diri bersiap2 untuk ke AGM SMSA (Sheffield Malaysian Student Association) walaupun malam tu aku kerah tenaga aku sampai kering, otak pun xberapa nak waras. Bukannya aku semangat sangat nak tunjuk muka dalam meeting ni. Bab2 meeting ni aku kureng sket sebab aku cepat bosan. Matlamat aku cuma satu, aku nak calonkan faris farhan a.k.a. uncle untuk dinobatkan menjadi presiden SMSA 10/11.

Mungkin pendirian aku ni agak bias tapi berdasarkan pengalaman dan pertimbangan logik akal, hati aku cukup kuat menyokong uncle untuk menjadi presiden SMSA. Yela, uncle yang aku kenal, kepimpinannya boleh dikatakn sama taraf dengan ‘potential candidate’ yang lain. Bukan tu je, uncle mempunyai 1 bonus yang aku rasa tak dapat ditandingi oleh calon2 lain. Pemimpin yang berjiwa rakyat, itulah bonus yang aku cakapkan. Bukan senang kita nak jumpa pemimpin yang berjiwa rakyat kan? Mungkin sikap uncle yang bersederhana menyebabkan orang lain senang bergaul dengannya. Selama aku mengenali uncle, dia menerima pandangan orang lain fikiran yang terbuka. Bukanlah semua idea uncle terima, ade jugakla yang dia tolak tapi uncle menolak dengan baik dan ditegaskan lagi dengan pandangan atau fakta yang lebih kukuh. Agenda AGM berterusan sehingga tibalah waktu presiden dicalonkan. As expected, potential candidate yang berlegar dalam kepala aku dicadangkan satu persatu sebelum ditaip ke dalam slide presentation. Untuk menjaga hati kawan2, aku mintak izin dari uncle untuk calonkan nama beliau. Permintaan aku ditolak sekeras2nya oleh tuan punya badan. Sedikit kecewa, aku membatalkan niat aku yg membuak2 macam lava gunung berapi tu. Mungkin ada sebab disebalik tentangan hebat dari uncle dan sememangnya ada!

Cukup pasal uncle. Agenda meeting tetap diteruskan, tak terjejas langsung dengan perasaan aku yang bergelodak time tu. Kawan-kawan aku berura2 nak calonkan aku sebagai media officer. Rupanya diorg tak gurau2 nak calonkan aku. Terpampangla nama aku kt skrin putih depan tu. Perasaan aku da bercampur baur.  Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat alhamdulillah jugak. Dua2 ada pros n cons. Aku boleh memilih untuk tidak bertanding, tapi aku teruskan jugak bertanding. Apa salahnya mencuba kan? Seek knowledge from cradle to the grave. Aku nampak inilah peluang aku untuk menimba pengalaman baru walaupun aku terpaksa berkorban dari pelbagai segi. Pengalaman tu penting beb.

Setelah kertas undi dikira, aku diumumkan sebagai Media Officer yang baru. Serta merta sesi muhasabah diri  dimulakan dalam kepala ku. Layak ke aku dapat jawatan tu? Mampu ke aku pikul tanggungjawab tu? Inikah peluang untuk aku bina kepimpinan aku? Bermacam2 persoalan merayu untuk dijawab. Jawapan2 negatif menerpa minda teruna ini. cewahh, bermadah berseni la pulak.

Dalam pengamatan aku, orang ramai akan mengundi calon yang difikirkan mampu memikul tanggungjawab sesuatu jawatan yang dipertandingkan. Jadi untuk menang, calon2 harus mempamerkan kebolehan mereka justeru dapat meyakinkan orang ramai untuk memilihnya. Persoalannya disini, bukan semua orang ada peluang utnuk mempamerkan keupayaan masing2. Dalam situasi aku, mungkin disebabkan video yang aku hasilkan dulu dapat meyakinkan hadirin untuk memilih aku menjawat jawatan media officer. Aku xpasti tapi mungkin. Alhamdulillah, terima kasih kepada individu2 yang terlibat kerana memberi aku peluang yang dapat menonjolkan kemampuan aku. Cuba pikir, kalaulah aku tak diberi peluang untuk menghasilkan video tersebut, mungkin ke aku menang jawatan tu?Aku rasa tidak. Semua orang ada kelebihan dalam bidang yang berbeza dan mungkin ramai lagi yang lebih hebat. Cuma peluang yang dapat membezakan pandangan orang ramai.

Mungkinkah aku menang disebabkan calon2 yang menjadi pilihan tak hadir? Persoalan tu melintas akal aku. Setiap individu mungkin mempunyai pilihan masing2 tapi mereka hanya dibenarkan mengundi calon2 yang hadir sahaja. Jadi terpaksalah mereka mengundi calon yang pada mereka tidak setaraf dengan calon pilihan.

Ahh, kenapa aku perlu berfikiran negatif? Jawatan dah dipegang, tanggungjawab dah dipikul. Aku perlu lakukan sebaik yang aku mampu. Inilah peluang aku dan aku harus menggunakan peluang ini dengan sebaiknya. Banyak ucapan tahniah yang aku terima, tidak kurangnya ucapan takziah oleh beberapa bekas committee. Ucapan2 tu sedikit sebanyak dapat memberi gambaran tentang tanggungjawab yang perlu aku pikul. Persoalan yang tinggal hanyalah sejauh mana aku mampu jalankan amanah yang diberi. Belum cuba belum tahu. Gambatena!!!!





Common Misunderstanding Toward Malaysians

23 02 2010

I wrote this post to explain the common misunderstanding towards Malaysian people mostly by locals. Hope it would be beneficial.

We are Malaysian!

This is quite funny. Sometimes when I walked down the street with my Malaysian friends, the locals would greet us “Ni hao ma?” which is “how are you” in Chinese. Still, I appreciate you being friendly. Last Sunday, I went to Liverpool to watch a concert by a Malaysian band namely Search. Lots of Malaysians there. While waiting outside for the concert to start, a local girl come to ask. “Is it Chinese New Year celebration?”. Lmao. I know it’s hard for you guys to differentiate between Chinese and Malaysian because we are Asians. No offence, I also find it’s hard to differentiate between English and Spanish plus few others European citizens. So I think it’s fair enough for all of us.

Beware of Dogs!

Have you seen some of us freaked out whenever there’s dog nearby? Some of us might find it funny. However you might find it weird to be afraid of cute little dogs.

Actually, several of us do afraid of getting bitten by the fierce-looking dog. How about the adorable one? What do we afraid of?

It is because our religion i.e. Islam forbid us to touch dogs and pigs. If we come in contact with these two animal or anything that comes from them, we are required to clean it with water and soil mixture before using clean water. The acidity of water increases whenever mixed with soil which is enough to wipe off bacteria from our stuff. That’s why we try to avoid dogs especially during winter when everything is wet and the frozen soil is hard to be dug and put into a bucket.

For some of us who lives under one roof with non-Muslim, we would be grateful if our kitchen stuff is not being used to cook pork and the house is kept dog free as like what I have said earlier, anything that came from those two animals is forbidden for us.

Hey guys, it’s true we are prohibited to touch them, but we also not allowed to hate them. We are taught to love all God’s creation i.e.  humans, animal and plants. We are taught to respect each other.

That’s all for now. Thanks for reading. =)





Alkisah bahagian II

30 01 2010

Megat sememangnya baru sedar, Mawar memikat hati dipetik di laman orang. Pilu hatinya, berderai air matanya melihat akan mawar yang kering gugur ditiup bayu. Tanggapan baru mencubit perasaannya. Megat masih tiada daya menabur peluh menjaga mawar walau sekuntuk. Azam yang kuat semata sememangnya tiada mencukupi. Ditanam keinginan memiliki mawar jauh di ruang kecil hati nya. Ditahan, didesak, Megat kuat menafikan keinginannya.

Megat, kau manusia, kau lelaki, kau punya naluri.

Ya, aku manusia, aku lelaki, aku punya naluri.

Megat, kau akuinya, turuti saja.

Tidak. Aku mahu, aku hendak, tetapi aku belum bersedia, belum berupaya. tinggalllah kau disana, jangan kau muncul lagi.

Tiap kali Megat tewas, Megat muncul disisi pagar. Disitulah tempatnya berhempas pulas, menitis darah mendapatkan benih mawar yang telah layu. Tiadalah lagi dipetik, dicari benih mawar milik orang itu. Indah memikat, berdesir dedaunan, kelopak disapa sang bayu yang berlalu, bagaikan memujuk Megat yang celaru. Megat tenang, lena disisi mawar hatta bukan ditanaminya. Memang bukan miliknya, tetap teguh Megat walau tidak berpanashujan, menjaga dan mengamati keindahan mawar. Ditepis segala bahana yang boleh mencelakan si mawar.

Megat tiada lagi semalu. Megat tiada lagi mawar. Tiada lagi tanaman dihalamannya. Tiada lagi takut akan redup pohon sena yang mengancam. Megat riang menikmati teduh, dingin, terlindung dari bahang mentari.

Hari-hari Megat disusun mengikut derap kakinya, melihat-lihat, menjenguk mawar yang melata. Di laman orang, di tepi hutan mahupun di taman-taman, mata Megat tertumpu mengamati sang mawarmerah jelita. Cukuplah padanya, merdeakan kecamuk naluri yang membuak-buak.

Tidaklah pada Megat mensia-siakan harinya begitu. Didalaminya, dihayatinya keperluan si mawar yang mekar. Mawar yang layu dijadikan tauladan, panduan ke arah kebaikan. Bakal penuhlah ilmu didada, hasrat naluri bakal ditunaikan. Hanya masa menjadi penentuan.

– THE END –





Alkisah Part 1

30 12 2009

Alkisah maka tersebutla seorang rakyat jelata yang tinggal berseorangan berbumbungkan danau usang di bawah pohon angsana. Timbul terbit si rakyat pemuda ini dikenal, disebut, dipanggil oranglah sebagai Megat Semalu. Akan namanya sebegitu rupa bukanlah berakarkan sifatnya yang pemalu tetapi akan gemarnya dirinya mencari dan menanam pohon semalu tiadalah dimana melainkan dihadapan danau usangnya.

Ingin dikisahkan juga Megat Semalu tidaklah bodoh sombong. Adanya terdetik dihati pemuda ini sambil mengusap dagu tempat bersemadinya rambut2 halus yang bakal bergelar janggut. Merenung ke arah pohon angsana, terlindunglah danau usang dari bahang mentari asbab teduh bayang-bayangnya. Tidak terkiralah besar bayang2 pohon itu memanjang ketika mentari condong mengecil waktu tegaknya raja siang di atas ubun-ubun.

Maka setelah butir-butir peluh menerpa, Megat Semau menyemai semalu yang dicarinya jauh dari capaian redup pohon angsana itu kiranya cukuplah cahaya untuk bertumbuhnya semalu2 itu. Disemainya jarang2 takut juga tersentuh antara satu sama lain, kuncup tidak kembanglah semalu yang pemalu.

Kerana minatnya, siramlah megat Semalu akan semaiannya dengan kasih sayang tanpa dihiraukan gelarannya yang lekat di mulut orang.

Alkisah terkumpullah awan2 hitam lalau menyelubungi jajahan tempat adanya Megat Semalu. Berterbanganlah segala pepohon kayu dedaunan ditiup angin ribut. Kukuh semalu tidak bertahan, bersentuhanlah ia satu dengan lain maka kuncuplah segalanya.

Tiadalah mahu Si Megat untuk bersemai semalu lagi akan seriknya dia angkara ribut dan tiadalah mahu dia dipanggil semalu lagi. Termenunglah Megat Semalu merenung semalu meliar di kejauhan. Didekati semalu2 itu disenja hari mahupun ketika terik mentari. Tidak ditanam lagi, merenung sudah mencukupi.

Purnama menjelang dan menghilang. Megat Semalu tetap dengan namanya dimulut kebanyakan sungguhpun tiada disemai semalu lagi. Tatkala hening subuh, sedang asyik Megat memikirkan  minatnya menyemai, mawar merah mengilau dipanah rembulan. Berlari Megat mendapatkannya. Diteleknya pohon mawar itu, disentuh, dihidunya. Terpikat hatinya.

Azam tegar tepacak dihati. Mawar merah akan ditanam dihalaman sendiri.

Bersusah payah Si Megat mencari benihnya. Duri mawar menghiris tidak dihirau, ditahan demi kesediaannya menanam, menjaga hanya sekuntum mawar. Akan dicurahkan sepenuh kasih sayang demi sepohon mawar itu.

Namun mawar berduri, layu akibat zat2 tanah yg dimakan semalu2 silam.

bersambung…