Fog Lamp Belakang: Fungsi dan Penyalahgunaan

3 04 2016

Lampu kabus atau lebih dikenali sebagai fog lamp atau fog light. Ciri baru yang diperkenalkan pada kenderaan masa kini. Foglamp ni seingat aku mula2 dikenalkan pada bahagian hadapan sahaja. Tujuan wujudnya foglamp ni persis namanya, untuk membantu penglihatan pemandu di ketika kenderaan dipandu melalui kawasan2 atau keadaan berkabus, dimana jarak penglihatan amatlah terbatas. Justeru, lampu ini direka untuk memancarkan cahaya yg terang, yg mampu menembusi kabus langsung membantu penglihatan pemandu.

Tidak berapa lama selepas itu, foglamp belakang mulai popular dalam ciri2 kereta baharu, walhal sudah digunapakai di negara2 4 musim sudah lama. Berbeza dengan foglamp hadapan, foglamp belakang berfungsi untuk memberitahu pemandu di belakang anda tentang kewujudan anda di atas jalan tersebut, juga semasa keadaan yg membataskan penglihatan seperti kabus dan hujan lebat. Cahayanya yg sesetengah org cakap ‘tajam’ mampu menembusi kabus dan percikan air semasa hujan lebat.

Saya ingin menyeru pemandu2 kereta yg memiliki foglamp belakang ini supaya menggunakannya dengan berhemah dan mengasihani pemandu2 yg rabun dan silau teruk seperti saya. Bukan saya ingin mengecam, tetapi memohon belas kasihan bagi pihak2 yg teraniaya.

Foglamp belakang ini diadakan sebagai salah satu ciri bukanlah untuk dipasang setiap kali anda memasukkan kunci kereta tetapi hanyalah keperluan di masa2 tertentu. Sama sahaja seperti pengelap cermin (wiper) yang mana anda hanya akan pasang semasa hujan, begitu juga ‘fog’lamp belakang yg mana anda perlu pasang di masa kabus dan yg sewaktu dengannnya.

Bagaimana anda tahu anda perlu pasang foglamp atau tidak? cuba lihat kereta dihadapan anda. Adakah kereta itu jelas kelihatan? Jika jelas bentuk, rupa dan warnanya, bukan bermakna ia masih bernajis, maknanya anda tidak perlu pasang foglamp, malah boleh jatuh berdosa jika pasang, sbb mengundang caci maki orang lain juga boleh mengundang kemalangan jika pemandu di belakang anda bertindak melanggar anda sbb xpuas hati. Jika seandainya kenderaan dihadapan anda samar2 diselubungi kabus atau hujan lebat, lampu belakangnya juga samar2 kelihatan, maka anda harus memasangkan foglamp blkg anda tanpa segan silu dan dgn bangganya. Hal ini dapat memudahkan pemandu diblkg anda melihat anda dan menganggarkan jarak lantas mengelakkan perkara yg xdiingini berlaku.

    Penyalahgunaan Lampu KabusPenyalahgunaan Lampu Kabus

Hanya nota picisan, yg ranking aku jumpa Vios 3rd Gen, Vios baru lerr. Preve pun sama. Kete2 lain jarang2.

Frequently Asked Question/ Cemuhan Orang Ramai

*Amaran: Cemuhan2 dibawah menggunakan bahasa kesat. Sila bimbing anak2. 

1. Q: Vios cam bangang pasang foglamp. silau tau x!

A: Bukan hanya Vios yg ada foglamp, preve pun silau. lain2 kereta, tanpa mengira cop, yg pasang foglamp time malam yg tenang memey silau. Haritu aku follow exora kat jalan gelap kat empangan Bekok, rasa terkeluar bijik mata. Berdenyut2 kepala.

2. Q:Orang2 bangang pakai HID ko xnak kecam? Myvi yg pakai projector headlamp xnak kecam?

A: Perkara diatas telah dikecam bertubi2 oleh orang ramai. Benda ni fardu kifayah. Aku usulkan yg orang belum kecam.

3. Q: Kalo ko silau jangan la follow rapat sangat. Xpun potongla terus. Apa bangang la.

A: Kalo mantain jarak selamat 2 saat pun silau xdapat dibendung bang. Lagi elok cucuk rapat bagi xnampak. Kalo nak potong bukan semua jalan Malaysia ni highway. Kalo saya pakai kancil 660 xterdaya nak lawan awak. Agak2 la brader. Biar menteri2 yg bangang je cakap camtu, ayam mahal jangan makam ayam, xsuka kerajaan sila keluar Malaysia. Rakyat bagi cerdik sket.

4. Q: Ko jeles cakapla jeles. Nak kecam2 pulak.

A: Abang2 adik2 kakak2 jangan jadi bangang boleh x?

5. Q: Kereta2 mahal, merz, bmw, wak segan, supercar ko xnak kecam?

A: Saya ulang, cop xmenjadi masalah, penyalahgunaan foglamp tu masalah. Kalo supercar cam ferarri ngan lambo, xsmpt nak silau, kelibat je nampak.

 

 

 

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: