Cerita Rakyat

17 03 2012

Hmm.. Cerita rakyat.. Cerita yang diceritakan oleh dan kepada rakyat. Hanya inilah bentuk hiburan yang wujud pada suatu ketika dahulu. Cukup untuk memuaskan hati yang lara, menghiburkan yang duka. Cerita yang diceritakan adakalanya malah selalunya xmasuk dek akal aka mitos walaubagaimanapun tetap menarik minat untuk aku baca. Ni cerita yang pernah aku baca kecik2 dulu..haa..enjoy

Pungguk rindukan bulan

Kita sangatlah familiar dengan pepatah bagai pungguk rindukan bulan. Kalau kita lihat si pungguk ataupun dengan kata lainnya burung hantu selalu merenung bulan seumpama merindui bulan tu. Alkisah pada zaman dahulu kala langit dan bumi ini tersangatlah dekat. Keduanya hanya dipisahkan oleh beberapa anak tangga. Jadi penduduk bumi dan langit selalulah ziarah menziarahi. Nak dijadikan cerita pada waktu itu penduduk bumi masih belum mempelajari cara untuk menghasilkan api. Ilmu itu hanya diketahui penduduk langit. Jadi penduduk bumi ni selalulah ke langit untuk mendapatkan puntung2 api untuk kegunaan mereka dibumi. Terdapat dikalangan penduduk bumi ini sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak kecil. Jika mereka ke langit untuk mendapatkan api, anak kecil itu ditinggalkan dirumah keseorangan. Pada masa yang sama di muka bumi tinggallah satu gergasi di muka bumi. Kerana rendahnya langit pada waktu itu, maka terpaksalah si gergasi merangkak. Pada suatu hari, gergasi itu telah hilang sabar lalu bangun dan menolak langit sejauh2nya dari bumi. Kebetulan la pulak, pasangan suami isteri sedang menuruni anak tangga untuk pulang ke rumah sambil masing2 membawa sebatang puntung api. Gergasi itu turut mencampakkan anak tangga yang digunakan penduduk bumi untuk ke langit ke dalam langit. Maka tercampaklah pasangan tersebut ke langit dan tidak dapat pulang kembali kerana bermula dari hari itu, langit telah jauh dari bumi dan tidak dapat dihubungkan oleh anak tangga lagi. Maka tinggallah si anak kecil berseorangan menunggu kepulangan ibu bapa mereka. Oleh kerana bimbang degan apa yang terjadi, sia anak keluar dari rumah untuk mencari ibubapanya. Maka terlihatlah akan langit yang sudah jauh dari bumi. Sedihlah si anak kerana ibubapanya tidaka dapat kembali ke bumi. Si anak meratap siang dan malam mengenang nasibnya yang malang. Akhirnya si anak bertukar menjadi si pungguk menunggu setia merindui ibu bapanya.

Kerbau berbaju ketat dan badak berbaju longgar

Alkisah pada hari yang sama si gergasi menolak langit jauh dari bumi, kebetulan si kerbau dan si badak sedang bermandi manda di sungai. Kedua-duanya membuka baju masing2 dan diletakkan ditepi sungai. Nak dijadikan cerita, ketika gergasi melempar pasangan suami isteri tersebut, satu puntung api telah tercampak ke atas kepala si gergasi. Maka terbakarlah rambut si gergasi. Oleh kerana kepanasan, si gergasi berlari menuju ke sungai tempat kerbau dan badak sedang mandi. Lalu direndamkan kepalanya yang terbakar kedalam sungai tersebut. Mendidihlah air sungai oleh kerana api kepala gergasi itu. Kepanasanlah kedua-dua binatang itu lalu bertempiaran lah masing2 mengambil baju yang salah. Badak yang kurus mengambil baju kerbau yang gemuk dan sebaliknya. Maka sehingga sekarang kita lihat badak berbaju longgar kerana memakai baju kerbau manakala kerbau berbaju ketat kerana memakai baju badak.

Kura2 membawa rumah diatas belakang

Alkisah tersebutlah seekor kura2 yang sangat rajin. Pada waktu ini kura2 masih tinggal di rumah dan akan keluar ke ladang untuk bercucuk tanam setiap pagi. Kura2 sangat menyayangi rumahnya. Pada suatu hari, kura2 keluar  seperti biasa untuk menjalani rutinnya. Pada hari gergasi menolak langit jauh dari bumi, sebatang lagi puntung api yang dipegang oleh si isteri telah tecampak ke rumah kura2 lalu hanguslah rumah kura2. Kura2 yang pulang pada waktu petang melihat rumahnya yang sudah tiada. Maka bersedihlah kura2. Dibuatnya sebuah lagi rumah baru untuk dia tinggal. Keesokan harinya, si kura2 bimbang untuk meninggalkan rumahnya lagi takut2 kalau terbakar lagi. tetapi dia perlu keluar untuk mencari sesuap nasi. Lalu kura2 membuat keputusan untuk membawa rumahnya ke ladang. Di ikatnya rumah itu diatas belakangnya. Semnjak hari itu, kura2 membawa rumahnya di atas belakang ke mana sahaja dia pergi.

Ok, aku rasa da cukup panjang da cerita rakyat ni. Nak tau kisah2 lain cari la sendiri yer. Antara kisah yang aku ingat, bagaimana harimau belang mendapat belang, Yang lelain aku xingat da la..haha.. Ok, projek pulak… Babai.

Advertisements

Actions

Information

2 responses

11 04 2012
rewq

knapa pendek sgt???????

11 04 2012
phaezs

ini je yg ingat….sekadar berkongsi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: