Tidak Salah Menegur, Cuma…

24 04 2011

Tegur menegur. Hmm, tajuk ni da banyak dibincangkan sebelum ni. Saudara Thoriq aka TJ pun da buat pasal ni dalam blog nye: Suatu Perjalanan bertajuk Menegur biar kena pada cara dan tempat dan sambungannya Pentingnya hikmah dalam berdakwah. Entry ni pun aku nak curik sket2 hadis lam entry Thoriq. hehe. Tq Thoriq. 🙂 Ada jugak entry yg aku tulis lama dulu bertajuk Who’s to Blame yang aku rase ada kaitan ngan entry kali ni.

Sabda Rasulullah S.A.W.

“Sesiapa antara kamu yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu ubahlah dengan hatinya dan itu selemah-lemah iman.” (hadis Muslim)

Tegur menegur amatlah disarankan oleh Islam dalam hidup bermasyarakat. Bila ada yang buat salah, patutlah untuk kita tegur. Cuma ada caranya.

Manusia ni seperti yang kita sedia maklum banyak jenisnya. So individu berbeza perlu ada pendekatan berbeza untuk kita tegur. Macamane nak tegur si fulan si fulan ni? Sebab tu org suruh belajar. Bukan senang2, main taram je tegur. Banyak pendekatan yg boleh kita pakai. Da tau cara2 menegur kita perlu pulak tahu peribadi individu berkenaan atau dengan kata mudah memahami rentaknya. ‘Follow the flow’ omputih cakap. Tapi janganla nak tegur org isap dadah kita isap dadah jugak. Xelok la pulak camtu. Kalau si Mamat ni jenis cepat kecik hati, kene la cakap lembut2, janganla kita tengking atas muka dia, kang lain lak jadinya. Kalo nak tembak gajah pakai la senapang, xjadik kalo pakai pistol air. Nak bunuh nyamuk pakai Ridsect sudey, yang dibakar kelambu buat apa.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing” (riwayat Muslim)

Macam ni la org cakap tegur berhikmah. Lagi kita kenal org tu, lagi mudah la bg kita nak cari pendekatan yang efektif untuk menegur individu terbabit.

Dapat kita lihat betapa menyeluruh Islam dalam kehidupan kita. Even dalam konsep amar makruf nahi mungkar pun Islam da gariskan panduannya.

Syarat pertama: Hendaklah perbuatan yang hendak dicegah itu adalah perbuatan mungkar mengikut pengertian syarak.

Syarat kedua: Perbuatan tersebut harus berlaku pada waktu itu.

Syarat ketiga: Perbuatan itu haruslah berlaku secara terang-terangan, bukanlah secara sembunyi2.

Syarat keempat: Perbuatan mungkar itu harus diketahui umum tanpa memerlukan seseorang itu berijtihad.

Nampak kan kat situ. Islam xsuruh kita membabi buta. Kalo perbuatan tu kita sorg je yg rase mungkar walhal jelas disis syarak xmungkar, xbolehla kita tegur. Kalo perbuatan tahun lepas kita nak tegur hari ni pun xleh gak. Kalo perbuatan tu sembunyik2 pun xboleh jugak, yang ni kene hadirkan saksi. Saksi lak kene cukup syarat baru kita boleh ‘charge’ kesalahan tu.

Pepatah melayu mengatakan ‘kuman seberang laut nampak, gajah depan mata xnampak’. Xboleh la kita jadi golongan ni. Sibuk membetulkan orang lain sedangkan diri sendiri buat benda yang sama atau lagi teruk. Bukanla kita perlu jadi perfect dulu untuk menegur. Kalo macam tu mmg xkan ada la org yg menegur sbb xde manusia yang sempurna. Tp at least sambil2 kita menegur orang lain tu, jangan lupa org yang sangat perlu kita tegur setiap hari  – diri sendiri. Setiap hari kita perlu muhasabah diri, carik kelemahan diri dan betulkan. Macam ni lah cara untuk membuat penambahbaikan atau omputih cakap ‘upgrading’ diri sendiri.

Tapi INGAT, mengumpat, mengata, perli-memerli jelas jauh menyimpang daripada definisi tegur menegur. Sikit pun xde kaitan ngan menegur.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
(Surah Al-Hujurat, ayat 11)

“Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela.”
(Surah Al-Humazah, ayat 1)
Perbuatan mengumpat dan mencaci sangatlah dilarang oleh Islam. Kalau pun niat asalnya nak menegur, tp dengan mencaci, keadaan bukannya akan bertambah baik, tapi hanya menambah keburukan. Kawan baik bley gaduh, laki bini bley cerai, family bley pecah belah. Kalo mengumpat lak, lagi haru. Daripada org xtahu, dijualnya sampai satu kampung tau. Kan membuka aib namanya tu. Berdosa tau dak.Perli memerli ni lagi la boleh buat gaduh. Sekarang banyak sangat medium sosial yg digunakan untuk memerli secara efektif. FB, blog (saya xbuat yer, haha), twitter dan bermacam lagi la. Xbaguih tu. Kalo orang tu suka pakai medan2 sosial ni boleh la untuk kita pakai cara yang sama untuk mendepani mereka2 yg perlu ditegur. Pakaila SMS, msg FB, direct msg Twitter, one to one. Jangan dibuka teguran tu untuk khalayak ramai. Da cakap da kan, bukak aib tu. Xelok. Dosa tau.

Sekali lagi, INGAT, setiap kali kita menuding jari pada org, ada 4 lagi jari yang menuding ke arah diri kita sendiri.

Untuk menegur ni, banyak caranya. Kita hanya perlu belajar dan mendalami cara2 menegur dengan betul. Bak kata Thoriq, untuk menegur haruslah mempunyai kesabaran yang tinggi sbb macam2 respon akan kita hadapi. Kalo xsabo kang sakit hati, banyak bende buruk bley jadi. Mungkin bertumbuk, mungkin sakit hati sorg2. Kalo sabar xdela sakit hati, so boleh cari pendekatan lain. Kalo xsabar, sakit hati, mulalah mencari org kononnya untuk berkongsi masalah, meluahkan perasaan. Xsedar tu da jadi mengumpat makcik oi (general nih, bukan nak stereotype makcik2..sorii..). Kata Thoriq lagi, menegur haruslah dengan perkataan yang baik. Tegur elok2. Pakai perkataan yang sedap dengar. Perkataan yang boleh buat orang dekat ngan kita, bukan yang mencipta jurang dalam silaturrahim.

Kesimpulannya, tegur menegur amatlah disarankan oleh Islam, tetapi kerana wujudnya pelbagai ragam pemikiran manusia, maka perlulah juga pelbagai pendekatan untuk menegur bersesuaian dengan individu terbabit.


Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: