Superman Xdela Super Mana

19 04 2011

Tanye je pada semua org, sape je yang xkenal superman. Dari budak kecik sampai la org dewasa, semua kenal makhluk keluli ni. Sememangnya jelas superman ni hanyalah fiksyen semata2 tapi andai superman ni btol2 ada korang rase die btol2 super ke x?

Aku rase x.

Selaku pengikut siri superman sejak dulu lagi, setiap episod membuatkan aku berfikir. Aku xrase superman ni adalah makhluk yang super.

Superman sebenarnya alien yang datang dari planet Krypton. Setahu aku krypton hanyalah gas adi kumpulan 18 dalam jadual berkala (periodic table). Ketepikan semua hukum fizik dan kimia, anggap jela semua fakta superman benar.

Kuat ke superman ni?

superman ni sebenarnya lembik je. Kalau compare ngan manusia memang la nampak kuat. Cuba bandingkan ngan geng2 yg jugak datang dari krypton, lunyai dia kene belasah. Kalo die bukan hero cite da lame kot mati. Dahla ada ‘alahan’ ngan radiasi batu kryptonite dari planet sendiri. Macam manusia gak xley kene radiasi, bley mati tu.

Superman.

Nama superman ni jelas menunjukkan die hanya superior terhadap manusia (man) bukan terhadap rakan2 seplanetnya. Cuba letak manusia dalam situasi superman. Moh kita start.

Seorang saintis masyhur di muka bumi ni mempunyai seorang anak yang masih kecik bernama Mamat. Saintis ni sangat berpengaruh dan kaya. Suatu saat, penduduk dibumi berperang sesama sendiri dan banyak kuasa2 besar menggunakan senjata yang canggih sehingga sampai satu ketika, bumi tidak lagi stabil. Memikirkan risiko bumi yg bakal meletup, saintis tu membuat kajian dan menemui hidupan di planet Marikh. Beliau jugak dapat buktikan yg Marikh tu selamat untuk manusia hidup. Sebelum bumi meletup, saintis tu cipta sebuah kapal angksa auto-pilot untuk hantar Mamat ke Marikh sebab beliau sgt sayangkan Mamat. Lalu meletup la bumi dan selamat la Mamat di Marikh. Sesampai je mamat kat marikh ni, die dijaga oleh 2 org parent Martian yg baik.

Nak dijadikan cerita hidupan di Marikh ni yang omputih panggil Martian sama macam manusia. Ada hidung, mata 2 bijik. Sebijik cam manusia la org cakap. Cuma diorg ni tersangatla lembik, mungkin sbb graviti marikh lagi rendah dari bumi kot. Tulang diorg sangat rapuh. Diorg jalan pun slow giler. Kalo compare ngan pergerakan manusia, diorg seolah2 xbergerak langsung. Material yang ada kat Marikh lak paling keras pun macam batang straw je. Kebetulan lagi, kat Marikh ni xde kuman2, bakteria yang boleh menyebabkan manusia sakit.

Time mamat kecik2, die terikut2 la cara org marikh. pergerakan slow, pegang barang pun lembut gile. Bile besar Mamat ni baru sedar yang die bley buat lebih dari org Martian. Dia kan manusia, boleh bergerak macam manusia. Bile Martian tgk laju la. Bukannya die laju, Martian tu yg slow.

Haa, nampak x kat situ? Sbb Martian lembik, mamat sepak melambung, jentik berterabur gigi. Graviti Marikh pulak sikit, tinggi la si Mamat ni bley lompat. Mamat lari sikit je diorg da nmpk laju giler. Material yg paling kuat pun ala2 straw kat bumi, tutup mata la mamat runtuhkan rumah2 kat situ. Jentik sket, da berlubang dinding. Terbang cane? Terbang tu kira jam lompat jejauh la. Mamat kene praktis la nak lompat bagi lagi jauh. Bile bley lompat sampai hampir ke space tu senang la die nak terapung, sbb graviti da almost 0. Haa. mamat xsakit sbb xde bakteria. Lagi2???

Tapi korg rase ape diorg panggil mamat kat Marikh? Mestila Supermartian, bukannya Superman sbb kalo compare ngan manusia lain, mamat ni lekeh je.

Nampak x point aku kat sini. Superman bukannya super sangat, cume keadaan dibumi yg sebegini yang membuatkan die superior terhadap manusia.

PERINGATAN

Semua deskripsi dalam entry ini adalah rekaan dan pandangan sendiri je. Xde fakta betul pun. Hanya mengisi masa ketika aku kebosanan. 🙂

Advertisements

Actions

Information

2 responses

19 04 2011
hazrul

lol terbaik

13 08 2013
cik kiah

Logik jgak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: