Kecik2 Dulu…

24 08 2010

Kecik2 dulu, banyak bende yang aku lakukan. Lawak ade, sedey ade, seram pun ade…Aku nak kongsi la pengalaman aku kecik2 dulu..

Kecik2 dulu, aku selalu ikut mak aku pergi rombongan sekolah. Banyak kali jugak la mak aku nak belikan barang untuk aku kt tmpt2 yg dilawati. Sampai kt alat permainan, mak aku tanye, “Nak beli ape2 x?”. aku dengan baiknyer menjawab “Xpelah mak, habiskan duit mak je”. Baik kan aku. Haha. Setiap kali mak aku tanye, aku akan jawab camtu. Sampai kene paksa pilih baju baru la aku pilih. Baiknye anak mak ni. 😛

Kecik2 dulu, aku selalu dengar syurga dibawah tapak kaki ibu. Oleh kerana curious, pernah sekali tgh lepak2 ngan mak aku, aku amek kaki beliau dan telek kat mane syurga tu. Mane la tau kot2 ade pintu dimensi ke syurga kt situ kan. Tergelak mak aku dibuatnye.

Kecik2 dulu, aku selalu main ngan jiran2 aku kt ladang getah sebab belakang rumah aku ade ladang getah. Tgh2 kutip buah getah tu, tibe2 anjing peliharaan tuan punye ladang getah tu menyalak. Sekelip mata mmber2 aku da ada kt atas pokok getah tu. Perghh, laju gler panjat pokok getah yg stret tu. Stylo r korang. Tp aku xreti panjat pokok yg xde dahan kt bawah. Menangis la aku balik rumah.

Kecik2 dulu aku ade mmber baik, kitorg selalu main same2. Tp bile da abes sekolah rendah, kitorg makin renggang. Jarang2 kitorang bertegur sapa. Almaklumla aku duk hostel, jarang balik rumah, jarang la jumpe. Time aku kt kolej aku dikejutkan dengan berita pemergian arwah selepas terlibat dengan kemalangan. Sebak jugak rase. Al Fatihah kepada arwah.

Kecik2 dulu, malam2 aku lepak ngan family tgk buletin utama. Ade satu malam tu aku makan amende tah, nak g dapur basuh tangan. Time tu dapur aku pakai mentol kuning tu lagi. Tekan suis terus menyala. Tingkap dapur pulak betul2 bertentangan dengan pintu. Aku berdiri kt pintu. Tap, aku tekan suis. Lampu menyala. Tiba2 satu kelibat putih laju je berlalu kt tingkap dapur tu. Tingkap dapur tu tingkap kabur. Aku xdapat pastikan la apebende yg lalu tu. Tanpa berfikir panjang aku terus lari mendapatkan mak aku. Mak aku cakap xde pape. Aku pun ingat xde pape gak la sbb aku pernah tgk org lalu sebelah rumah aku nak masuk ikut pintu dapur mmg akan nmpk camtu kalau die pakai baju putih. Da besar2, aku tanye la kt mak aku, ingat x peristiwa tu. Mak aku xingat, tp die cakap mmg sebelah rumah aku tu tmpt “bende2” tu lalu nak pergi ke ladang getah. Ramai da org nmpk. Video kt bawah ni sebijik mcm aku kena tp xdela pulak aku kejar.

Kecik2 dulu, aku suke tido time hujan. Sampai lani pun suke tido dgr bunyi hujan. Ade suatu petang, hujan bukan main lebat. Aku sambil peluk bola sepak sebijik dengan senang hati melenakan diri. Lame lepas tu, aku sedar. Tgk kt luar gelap, sunyi je. cume bunyi mak aku memasak kt dapur je yg kedengaran. Alamak, da Subuh ke?Mak da masak breakfast tu. Keje sekolah xbuat lagi. Adoii. Panik la aku seorang diri. Terus capai tuala pergi mandi,then dengan kelam kabut gosok baju. Tgh2 pakai baju aku tengok jam. Aik, nape jam ni. Abes bateri ke? Nape baru pukul 9 suku? Aku terpinga2 pergi ke dapur nak pastikan ngan mak aku. Ape lagi, gelak la mak aku tgk aku pakai baju sekolah tgh2 malam.

Kecik2 dulu, aku tdo agak buas. Penah satu malam, tgh2 tdo tibe2 dup, bergolek la aku jatuh katil. Mamai aku bangun naik ke katil dan sambung tdo. Sekali lagi, dup, bergolek lagi. Xpe, xkisah, bangun balik, ngantuk tuu…Sambung tdo lg. Jap lagi, dup, kali ketiga aku bergolek. Pergghh, hatrik siot jatuh katil. Hari yg lain pulak, aku tdo dengan sedap. Tibe2 aku mimpi aku lemas. Tah macamane aku boleh masuk dalam air tu. Sesak nafas giler da ni, rase da nak mati dah. Mujur aku terjaga, rupenye2 aku tdo meniarap. Muke aku penuh kt bantal tu. Lemas betul. Cane nak bernapas. Mujur xmati je.

Kecik2 dulu, aku selalu berdebat ngan abang aku pasal bola. Abang aku ni hantu bola. Penah die jadikan anak patung kucing milik adik aku tu sebagai bola. Tendang punye tendang kene cermin pecah. Die alihkan kaca2 tu. Zap, kene selaput antara ibu jari ngan jari telunjuk. Tekoyak tu. Tp xkeluar darah. Die xbgtau mak aku. Da mlm baru mak aku nmpk. Mase tu abah pergi semayang kt masjid. Mak suruh panggilkan abah. Sikit punye jauh masjid. Da la sepanjang jalan tu ade berapa bijik je lampu jalan. Aku yg kaki Mastika ni time tu terpikirla macam2. UFO la, hantu la, pocong la, lembaga hitam la. Tp kerana urgent, pergi jugak.

Da bgtau abah, balik naik moto. Aku curious la pulak time tu, kalo aku goyang2 efek x kestabilan moto tu. Aku goyang2 la nak tgk terpesong x laluan moto yg abah bawak tu. Goyang punye goyang “Duk diam sket!”. hee, kan da kene marah. Abah bwk la abg aku g klinik. Kitorg sume pelik asal xberdarah padahal luke sikit punye besar. Doktor cucuk sedative baru la bercucuran darah keluar. Dapat 4 jahitan. Sian pulak tgk abang aku.

Mlm tu, sume org da tido. Aku xley tdo walau sesaat. Maybe adrenalin terlebih keluar time berlari g panggil abah td kot. Pul 3 4 pagi, tetibe perut aku sakit. Nak g tandas takut. Belakang tu ladang getah tu. Aku kejut abang aku tmnkan. Marah pulak die. Nak tahan serangan makin hebat. Nak xnak pergila jugak sorg2. Slow2 jalan, slo2 bukak pintu, buang air pun slo2. Xnak ade bunyi sikit pun. Takut kalo ade bunyi hantu dengar die datang. Kalo slo2 hantu xdgr xpela, cuak gak. Basuh slo2. Pastu pikir lak, kalo pam karang sia2 la usaha aku xnak wat bunyi sebelum ni. X ke mengaum bunyi pam tgh2 sunyi tu. Konpem ramai hantu boley dengar. Esok jela pam. Cepat2 aku lari masuk bilik. Bergolek2 xley tdo. Aku terdengar la pulak suara org cakap2. Da tdo sebelah tingkap. Kalo korang nak tau bilik aku tu sebelum tu “dapur” tmpat berlakunye “peristiwa” tu. Aku pikir mesti ade alien mendarat sebelah rumah aku ni tgh borak2 walhal bunyik tu dtg dari rumah jiran sebelah. Pagi tu, bile sume org da bagun, aku cepat2 g tandas pam. Selamaat..

Kecik2 dulu, aku suke bela kucing. Rumah aku banyak kucing. Ade anak kucing, mak kucing yg subur, bapak kucing yg kencing merata, taik kucing pun banyak. Adela sekor anak kucing ni, tibe2 menghilang. Mane la ko pegi yer. 2 3 hari pastu nenek aku bgtau tandas tersumbat. Tandas umah aku banyak. Ni yg selalu nenek aku gune. Aku check la. Amende lam lubang tandas ni. Aku cucuk2 ngan kayu, ketuk2. Bunyi macam ketuk perut kembung angin. Aku amekla plastik jadikan glove. Pegang punye pegang, barula aku tau nasib anak kucing aku yg hilang tu. Sian die, kembung perut lemas lam lubang jamban. Kepala ke bawah tu, cane nak naik.

Kecik2 dulu, banyak bende yg aku buat. Makan pasir pun penah. Hmm, kalo nak cite semua xabes ni. Besar2 ni aku tulis pun sebab xley nak tdo. Just nak membunuh masa. Terima kasih kerana membaca.

Advertisements

Actions

Information

3 responses

24 08 2010
Nooraisyah

kelakar lak bace cerite2 nie…ha3..seram pown ade

24 08 2010
hazrul

haha kalau pam nanti bunyi kuat hantu mai, sampai la ni pun aku duk takut camtu hahaha

18 04 2011
zulkifli

ermm, byk dh berubah kn, benda yg masa kecik n masa besar ni.
sapa yg kwn kecik2 yg xcident tu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: