Officer? How Can I?

26 04 2010

Pagi Ahad yang mendung. Hmm, ramalan cuaca pun tunjuk harini bakal hujan. Aku menggagahkan diri bersiap2 untuk ke AGM SMSA (Sheffield Malaysian Student Association) walaupun malam tu aku kerah tenaga aku sampai kering, otak pun xberapa nak waras. Bukannya aku semangat sangat nak tunjuk muka dalam meeting ni. Bab2 meeting ni aku kureng sket sebab aku cepat bosan. Matlamat aku cuma satu, aku nak calonkan faris farhan a.k.a. uncle untuk dinobatkan menjadi presiden SMSA 10/11.

Mungkin pendirian aku ni agak bias tapi berdasarkan pengalaman dan pertimbangan logik akal, hati aku cukup kuat menyokong uncle untuk menjadi presiden SMSA. Yela, uncle yang aku kenal, kepimpinannya boleh dikatakn sama taraf dengan ‘potential candidate’ yang lain. Bukan tu je, uncle mempunyai 1 bonus yang aku rasa tak dapat ditandingi oleh calon2 lain. Pemimpin yang berjiwa rakyat, itulah bonus yang aku cakapkan. Bukan senang kita nak jumpa pemimpin yang berjiwa rakyat kan? Mungkin sikap uncle yang bersederhana menyebabkan orang lain senang bergaul dengannya. Selama aku mengenali uncle, dia menerima pandangan orang lain fikiran yang terbuka. Bukanlah semua idea uncle terima, ade jugakla yang dia tolak tapi uncle menolak dengan baik dan ditegaskan lagi dengan pandangan atau fakta yang lebih kukuh. Agenda AGM berterusan sehingga tibalah waktu presiden dicalonkan. As expected, potential candidate yang berlegar dalam kepala aku dicadangkan satu persatu sebelum ditaip ke dalam slide presentation. Untuk menjaga hati kawan2, aku mintak izin dari uncle untuk calonkan nama beliau. Permintaan aku ditolak sekeras2nya oleh tuan punya badan. Sedikit kecewa, aku membatalkan niat aku yg membuak2 macam lava gunung berapi tu. Mungkin ada sebab disebalik tentangan hebat dari uncle dan sememangnya ada!

Cukup pasal uncle. Agenda meeting tetap diteruskan, tak terjejas langsung dengan perasaan aku yang bergelodak time tu. Kawan-kawan aku berura2 nak calonkan aku sebagai media officer. Rupanya diorg tak gurau2 nak calonkan aku. Terpampangla nama aku kt skrin putih depan tu. Perasaan aku da bercampur baur.  Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat alhamdulillah jugak. Dua2 ada pros n cons. Aku boleh memilih untuk tidak bertanding, tapi aku teruskan jugak bertanding. Apa salahnya mencuba kan? Seek knowledge from cradle to the grave. Aku nampak inilah peluang aku untuk menimba pengalaman baru walaupun aku terpaksa berkorban dari pelbagai segi. Pengalaman tu penting beb.

Setelah kertas undi dikira, aku diumumkan sebagai Media Officer yang baru. Serta merta sesi muhasabah diri  dimulakan dalam kepala ku. Layak ke aku dapat jawatan tu? Mampu ke aku pikul tanggungjawab tu? Inikah peluang untuk aku bina kepimpinan aku? Bermacam2 persoalan merayu untuk dijawab. Jawapan2 negatif menerpa minda teruna ini. cewahh, bermadah berseni la pulak.

Dalam pengamatan aku, orang ramai akan mengundi calon yang difikirkan mampu memikul tanggungjawab sesuatu jawatan yang dipertandingkan. Jadi untuk menang, calon2 harus mempamerkan kebolehan mereka justeru dapat meyakinkan orang ramai untuk memilihnya. Persoalannya disini, bukan semua orang ada peluang utnuk mempamerkan keupayaan masing2. Dalam situasi aku, mungkin disebabkan video yang aku hasilkan dulu dapat meyakinkan hadirin untuk memilih aku menjawat jawatan media officer. Aku xpasti tapi mungkin. Alhamdulillah, terima kasih kepada individu2 yang terlibat kerana memberi aku peluang yang dapat menonjolkan kemampuan aku. Cuba pikir, kalaulah aku tak diberi peluang untuk menghasilkan video tersebut, mungkin ke aku menang jawatan tu?Aku rasa tidak. Semua orang ada kelebihan dalam bidang yang berbeza dan mungkin ramai lagi yang lebih hebat. Cuma peluang yang dapat membezakan pandangan orang ramai.

Mungkinkah aku menang disebabkan calon2 yang menjadi pilihan tak hadir? Persoalan tu melintas akal aku. Setiap individu mungkin mempunyai pilihan masing2 tapi mereka hanya dibenarkan mengundi calon2 yang hadir sahaja. Jadi terpaksalah mereka mengundi calon yang pada mereka tidak setaraf dengan calon pilihan.

Ahh, kenapa aku perlu berfikiran negatif? Jawatan dah dipegang, tanggungjawab dah dipikul. Aku perlu lakukan sebaik yang aku mampu. Inilah peluang aku dan aku harus menggunakan peluang ini dengan sebaiknya. Banyak ucapan tahniah yang aku terima, tidak kurangnya ucapan takziah oleh beberapa bekas committee. Ucapan2 tu sedikit sebanyak dapat memberi gambaran tentang tanggungjawab yang perlu aku pikul. Persoalan yang tinggal hanyalah sejauh mana aku mampu jalankan amanah yang diberi. Belum cuba belum tahu. Gambatena!!!!

Advertisements

Actions

Information

4 responses

26 04 2010
kak eica

Salam phaesz.

pendrive akak bagi waktu meeting dgn new committee ye nnt..=)

tahniah ye dapat jadi media officer. InsyaAllah akan bantu CV awak nnt..n niatkan jawatan ni utk MEMBERI pada masyarakat ye..

Akak setuju faries adalah ketua yang bagus..pengalaman berurusan dgn dia waktu adik2 masih di Malaysia membuktikannya..

Tapi tu lah, kita x leh ada 2 ketua, mcm kita x leh ada dua Tuhan..Bila ramai sudah membuat pilihan, maka tgjawab kita utk memberi sokongan dan taat pada pemimpin dgn syarat pemimpin itu betul.

Akak suggest serapkan Faries tuk jadi ketua pada mana2 event yg korang handle,,libatkan seramai mana ahlismsa utk wujudkan sense of belonging..

All the best adik!

27 04 2010
uncle

Sori bro. Buleh kiro jugok pong mung sini. Patut la suruh baca blog.
Alasan aku agak berbaur ‘selfish’. Dan aku tak cukup yakin utk bwk org under aku. Sori bro.
Mungkin aku dilahirkan utk bekerja di belakang tabir, kira memberi jgk la tapi in disguise. Kira ok la kot. Hahaha..

27 04 2010
gorygazelle

congrats bro! all the best!

29 04 2010
Thoriq

hoho, kalo uncle offer diri,aku pon sokong kuat dr blkg tabir.
xpe,byk lg pluang lain utk mengasah bakat msg2.
terpulang pd diri sndiri…:D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: