The True Meaning Of Love

3 04 2010

Rutin harian aku berjalan seperti biasa. Sedang aku leka tiba2 Tma mengejutkan dgn berita no telepon ku diwanted oleh kak Eica. Ah sudah, pebende aku da buat smpai kak Eica nak no telepon aku ni. Aku bukannya org penting lam SMSA pun. Heran sesangat. Disebabkan rase curious yg amat sangat, aku macam tertunggu2 kak Eica online. Terpampang je “adikeica is available” kt belah kanan screen aku, terus aku klik dan bertanya lebey kurang. Aku bg no fon aku tanpa segan silu. haha, bukan senang orang nak mintak no kan. Bagi jela. Dan2 tu jugak dia nak kol aku. hah, menggelabah aku cari fon aku yg tah kt mane. Almaklumla, hp jarang2 berbunyi, jarang2 la pegang.

“Akak nak mintak tolong awak buat video selingan untuk event NEXT nanti” lebey kurang ayat Kak Eica ringkas. Jantung aku yg selalunya berdegup secara romantis dan mendayu2 dgn tiba2 berlari kencang. Nasheed Extravaganza aka NEXT.. Bukan calang2 event, satu UK datang. Ditambah lagi dgn kehadiran kumpulan nasyid tanahair yg terkenal, Inteam. Reason kak Eica pilih aku sbb dia suke tgk video2 yg aku buat sebelum tu. Ish, kak Eica ni biar betul. Video2 yg aku buat tu hanyalah sekadar luahan perasan aku di masa lapang jer. Kecik sangat nak dibandingkan dengan NEXT. Tapi aku terima jugakla permintaan kak Eica walaupun hati agak berat. Takut giler tu. Aku diberi masa sampai seminggu sebelum event tu. Ade la dalam 3 minggu tempoh untuk aku siapkan video tu.

Minggu pertama aku banyak habiskan masa memerah otak mencari idea. Habis semua lagu nasyid pasal cinta aku dengar. Artikel2 yang berkaitan dengan cinta semua aku selak. Ramai gak rakan2 aku yg membantu. beshla korang. Hasil daripada perbincangan2 dengan rakan2, aku come out with an idea. Bertemankan sebatang pen dan sehelai kertas A4 yang aku lipat 2, aku lakarkan keseluruhan idea video tu.

Idea da dapat, aku teruskan ke pentas kedua aka 2nd stage. Mencari pelakon. Kak Eica ade cadangkan Yana. Yang lain aku mintak bantuan uncle lamarkan. Hampir satu rumah Uncle lamar. Senang keje aku. K’en ngan Adil cadangkan Kino dan isterinya. Hah, da cukup korum.Pelakon saja xjadi, aku pinjam camcorder HD dari Farid dan tripod Isho. Perghh, mcm nak wat box office lak.haha.

Stage ketiga dipenuhi jadual2 penggambaran. Yang ni aku kene sesuaikan dengan masa2 free pelakon. Terpaksa la, diorang sanggup berlakon pun da cukup bagus kan. Thanks y’all.

The last and the most important stage, editing. Yang ni memang membotakkan kepala aku. Biasenya aku just pakai movie maker je. Tapi untuk memastikan video aku ni mencapai tahap NEXT ni, aku mintak la software daripada Thoriq dan Uncle. Alamak, kene belajar la pulak. Hmm, pening jugak mula2. Tapi lame2 ok la. Da aku susn ngan elok semua2 klip2 yang ada, dgn senang hati aku save. Yelar, da lewat malam, tdo la dlu kan. Tup2 esoknya aku nak bukak, software tu hang. Adess, cane aku nak buat ni. Pikir punya pikir, aku decide nak guna software yg agak kureng sket daripada software yang hang ni. Lagi sekali masalah menjelma, aku xboleh produce klip2 yang aku da edit kepada 1 movie siap. Apa ke hal? Time tu stress aku membuak2 jatuh ke lantai. Rase cam nak bakar je pc aku ni. Lame gak la aku rase down. Nak tak nak, aku start balik proses editing tu daripada kosong. Pakai software yang hang aritu dengan harapan yang tinggi. Ditakdirkan Tuhan, movie tu selamat aku hasilkan.

Da siap, aku bagi la kt kak Eica untuk tapis video tu. Ade la sikit2 yang aku kene potong, xsesyuai. Da siap semuanya, aku rase sangat2 lega. Bolehla aku meneruskan kehidupan aku sebagai remaja biase semula.

Tanggal 28 February 2010, NEXT berlangsung dengan meriahnya. Aku xterlepas nak join table. Sedang aku duduk2 menikmati keramaian manusia dan keindahan nasyid hasil kreativiti peserta, tiba2 giliran untuk video aku ditayangkan. Perghhhhh, nak luruh jantung aku ni, dup dap dup dap. Cuak aku menantikan respon dari penonton. Sedang video ditayangkan, jantung aku beransur tenang. Pap, aku rase macam ditumbuk tepat kat dada. Video aku terputus sekerat jalan. Rase nak pengsan pun ade time tu. Jeri try skali lagi play video tu tapi xberkesan. Tergantung la video aku tu tanpa aku tau puncanya sampaila abes next tu. Selama ni ok je aku tgk beratus2 kali, kak Eica pun cakap ok je. Zack pun cakap camtu. Pe la masalhnye. Aku pun xtau. Aku balik ke rumah macam mayat hidup. Penat tu buat video camtu. Xpela, upload kt Youtube jela, aku sedapkan hati aku. Ramai gak yg mintak aku upload. 2 hari lepas tu aku jadi CSI mencari punca video aku tersangkut. Punca da dibetulkan, dengan senang hatinya aku upload video tu lam Youtube. Sambutan agak memberangsangkan, 10 kali ganda jumlah penonton video2 aku yg lain. Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang terlibat. Aku sangat2 bersyukur diberi peluang untuk mengendalikan projek besar seumpama ni. Thank you everyone.

Ni lah short movie yang aku cakapkan. Enjoy yourself yaa.. Ilal liqo’.

Advertisements

Actions

Information

4 responses

3 04 2010
uncle

Bro, lambat post nih.

3 04 2010
Thoriq

Cayalah abe!
nnt wat video lg utk NEXT thn dpn tau,hehe…;p

4 04 2010
phaezs

Feel baru datang. Tu pun sampai sekerat je feel tu bertahan, kalo x lagi panjang la jawabnyer..
thoriq, xsey doh..haha

6 04 2010
eica

patutla akak tersedak jew masa g jalan2…
hehe, thank you very much budak keciks..
Jgn pernah penat menyumbang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: