Manusia Masa

14 02 2009

Pernah tak anda mendengar golongan yang lebih dewasa berkata “Untungnya generasi kamu ni, semua benda senang. Nak cari maklumat, makanan..jodoh pun boleh..” Kalo pikir2 balik kan, diorang macam merungut la pulak. Macam xbersyukur pun ada. Sebenarnya Tuhan dah ciptakan keperluan yang cukup untuk manusia ni hidup. Cuma ramai antara kita yang xreti bersyukur. Zaman dulu memang la xde kapal terbang nak g mane2. Bukannye xboleh nak travel jauh2 kalo xde kapal terbang. Cume banyak la masa yang terbuang. Kata bidalan, hendak seribu daya xhendak seribu dalih.
Sebab itulah kita patut bersyukur diciptakan sebagai manusia. Makhluk yang terbaik. Kita dianugerahkan akal untuk berfikir, mengubah kehidupan. Kenapa teknologi berkembang? Manusia yang menggunakan anugerah akal secara optimum bersusah payah berfikir mencari jalan untuk membuatkan hidup lebih senang. Sebab tu lah generasi sekarang dapat mengecap hidup tanpa susah payah. Semua bende yang dahulu nye susah dan makan masa da jadi mudah dengan terciptanya pelbagai alat yang canggih2. Sekarang ni teknologi masih lagi mengalami pembangunan. Jadi banyakla benda baru yang dicipta setiap hari. RAM contohnye, dulu 256mb da cukup laju da untuk bukak komputer. Sekarang nak cari 1GB pun da susah.
Untungnya jadi manusia.
Cuba kaitkan kesenangan yang kita kecapi skrg ni dengan masa. Bila keje da mudah, senang untuk disiapkan secara tidak langsung dapat menjimatkan masa. Masa yang dijimatkan ni dapatla digunakan untuk berfikir, mencipta sesuatu yang lebih membantu kehidupan harian kita. Itulah namanya perkembangan teknologi. Semakin banyak masa yang dijimatkan, semakin banyak teknologi yang dicipta untuk menjimatkan masa.
Akal, masa dan teknologi.
Kite teruskan berfikir. Jika dikurniakan umur yang panjang, mungkin kita bakal menyaksikan suatu hari nanti tiada lagi masa yang terbuang. Bermakna, tiada lagi masa untuk kita jimatkan. Justeru tiada lagi teknologi dapat dapat dibangunkan. Itulah masanya teknolgi da mencapai tahap matang. Tiada lagi pembangunan yang dapat kita saksikan.
Manusia dan masa.
Lain la pulak kisahnya untuk manusia yang suka membuang masa. Semakin banyak masa yang dapat dijimatkan, lagi banyak la masa yang diorg dapat bazirkan. X ke rugi gitu. Teknologi untuk mebuang masa pun xkurang hebatnya. Start ngan game tape, ps, ps2, xbox dan bermacam2 lagi jenis teknologi yang membuang masa. Kalau setakat nak release tension tu xpe la, ni sampai addicted. Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Manusia yang rugi.
Marilah kita sama2 berfikir, ke arah manakah kita sebenarnya. Bersyukurkah kita?Renung2kan..

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: